Posted on January 6, 2020
Sudah tiba masanya untuk kamu belek-belek berus mekap baharu di laman Sephora. Atau mungkin juga buat kamu yang masih di fasa permulaan dan mahu berjinak-jinak dalam dunia solekan, biar kami cadangkan berus apa yang harus kamu miliki. Haa, buat sang jejaka yang mahu hadiahkan sesuatu buat yang tercinta, inilah masanya! Kami kongsi 3 berus mekap pilihan Editor Kecantikan STAIL.MY yang harus kamu miliki bulan ini.
Tarte Let’s Flamingle Brush Set RM176
Set berus yang juga set eksklusif Sephora ini cukup comel. Lima berus kombinasi bentuk flamingo dan nanas ini antara set berus yang harus kamu miliki. Mengapa? Kerana ia adalah set berus yang dicipta bebas kekejaman dan vegan-friendly. Helaian rambut yang sungguh lembut ini bakal membuatkan setiap layangan mekap kamu lebih mulus dan tidak bercapuk. Lima berus tersebut adalah Swirl Powder Brush, Stippling Brush, Large Powder Brush, Angled Contour Brush dan Fan Brush!
Sephora Collection Stalactite Brush Set RM100
Empat jenis berus wajib ada untuk setiap kamu yang suka bersolek. Berus tersebut ialah berus wajah, berus bedak asas, berus pemerah pipi dan berus pembayang mata. Buat kamu yang masih baharu dalam dunia solekan ini, kami cadangkan kamu dapatkan berus essential daripada koleksi Stalactite Sephora ini.
Fenty Beauty Face & Body Kabuki Brush 160 RM141
Berus kabuki ini juga antara berus yang perlu ada di meja cantik kamu. Yang menariknya tentang berus jenis kabuki ini adalah ia sesuai digunakan baik untuk produk jenis cecair mahupun jenis bedak serbuk. Berus daripada Fenty Beauty ini juga diperbuat daripada helaian rambut sintetik yang cukup lembut berserta kemampatan yang sempurna. Dengan itu, ia mampu membuatkan segala adunan formula solekan kamu dilayang dengan begitu sempurna.
Apa pandangan anda?