Posted on May 6, 2020
Lagi empat hari menjelang Hari Ibu. Apakah kejutan ataupun hadiah yang telah kamu sediakan untuk ibumu itu? Dan dalam waktu berkurung ini, bukannya kita boleh keluar merai ibu kita di restoran mewah, ataupun bawa tonton wayang dan sebagainya bukan. Pada saya sejujurnya, tahun ini, sambutan Hari Ibu ini bakal lebih bermakna. Kerana dapat berkumpul bersama keluarga, kemudian tidak perlu meraikan di luar, cukup di rumah, lebih santai dan intim. Namun, untuk elakkan perayaan kamu itu terlalu ‘biasa’ kerana sekurang-kurangnya kamu mahu meraikan ibu kamu sesakan yang boleh agar ibu gembira, mungkin kamu boleh manjakan dengan sesuatu yang mewah seperti produk kosmetik. Sambil itu selitkan sekali jambangan bunga segar pasti membuatkan hati ibu kamu gembira tak terhingga. Masih belum membuat keputusan untuk beli apa? Kami kongsi 5 hadiah mewah untuk ibu tercinta.
YSL Black Opium EDP 30ml And Rouge Pur Couture Gift Set (Edisi Terhad Set Musim Bunga 2020) RM290
Di bungkus di dalam kotak hitam mewah berkemilau pasti menambat hati si ibu. Kemudian apabila kotak dibuka, Black Opium, haruman mewah YSL muncul menangkap mata yang memandang. Tidak cukup itu, set ini tampil dengan sebuah gincu bibir rona merah menyala daripada rangkaian Rouge Pur Couture Kod 1 melengkapkan lagi hadiah istimewa ini.
Chloe Nomade EDP RM485/70ml
Haruman yang cukup sesuai buat sang ibu. Cukup lembut, hangat dan sofistikated sesuai buat ibu yang berpersonaliti teguh dan manis. Dicipta oleh pakar haruman Quentin Bisch, haruman ini dihiasi dengan intipati indah. Berbeza daripada versi komposisi haruman sebelum ini, Chloe Nomade Absolu de Parfum ini kaya dengan olfaktori kayu-kayan sandalwood diadun bersama intipati mirabelle plum mencipta sebuah haruman manis dan sensual.
Louis Vuitton Attrape-Rêves RM1,100/100ml
Setuju atau tidak jika saya katakan, seorang wanita istimewa itu layak dihadiahkan haruman yang jauh lebih istimewa dan ekstra? Dan pada saya, wanita paling istimewa di muka bumi ini sudah tentu ibu kita. Seperti haruman Louis Vuitton yang satu ini. Attrape-Rêves melambangkan wanita luar biasa. Dengan adunan haruman nota flora bersama nota utama bunga koko. Nota istimewa lain yang terkandung di dalam haruman ini adalah seperti nota perjanjian bunga peony, litchi, patchouli, mawar Turki mutlak, halia serta bergamot.
Diptyque Freesia Candle Edisi Terhad RM309/190g
Koleksi edisi terhad bersempena Hari Ibu daripada Diptyque ini cukup mewah dan berwarna-warni. Pilihan kami untuk ibu kamu sudah pasti lilin wangian aroma Freesia ini. Mengapa bunga Freesia menjadi pilihan kami? Kerana kamu bayangkan kesegaran, kewangian yang dimiliki dalam jambakan bunga ini yang pelbagai warna itu pasti mampu menaikkan seri serta mood kamu hari itu. Sama seperti lilin wangian ini, ada sedikit sentuhan lada di dalam kelalang ini membuatkan rumah dan sekaligus ibu kamu cukup tenang apabila bersantai di rumah.
Lush Flower Pot Gift Set RM110
Inilah masanya untuk kamu manjakan tubuh penat ibu kamu. Dan lainnya untuk kali ini, Lush melancarkan koleksi istimewa untuk Hari Ibu, seperti Lush Flower Pot ini. Tidak perlu kamu bersusah-payah mencari jambangan bunga untuk dijadikan hadiah buat ibu kamu, beri saja set hadiah ini. Di dalam set pot bunga ini terkandung, Mamma Mia Shower Scrub berserta Madame President Bath Bomb. Tengok, namanya sahaja sudah istimewa. Jika sebelum ini ibu asyik sibuk bekerja, baik di rumah atau di pejabat, apa kata kali ini, ajak dia untuk lupakan segala kerja secara sementara dan biarkan ibu kamu itu berlama-lama mandi dan manjakan diri dengan set istimewa Lush ini.
p/s: Sebaik-baiknya, STAIL.MY menggalakkan para pembaca untuk membeli-belah secara atas talian daripada keluar berpusu-pusu agar penjarakan sosial dapat dilakukan dengan lebih baik serta rantaian penyebaran virus COVID-19 dapat diputuskan.
Apa pandangan anda?