Buntu mencari hadiah Hari Kekasih? Masih belum terlambat buat kamu yang tidak punya hadiah untuk diberi kepada pasangan sempena hari istimewa yang bakal tiba esok ini. Walaupun tidak semua menyambut Hari Kekasih, namun ada yang menggunakan hari ini sebagai hari istimewa tanda apresiasi buat pasangan mereka. Buat pasangan yang sedang lagi hangat bercinta, kamu pasti mahu buatkan Hari Kekasih ini ekstra spesial. Bukan sewaktu sambutan hari jadi sahaja kita kejutkan mereka dengan hadiah bukan? Inilah masanya. Buat sang lelaki mahupun sang wanita yang tidak tahu hendak mencari hadiah apa, kunjunglah pusat beli-belah terdekat dan cari 5 haruman pilihan kami untuk hadiah Hari Kekasih.
Gucci Guilty Love Edition EDP Pour Femme RM393/50ml
Haruman terbaharu daripada Gucci ini hadir dalam olfaktori flora oriental serta dengan suntikan aroma kayu-kayan. Membantu menyemarakkan lagi rasa hangat romantis apabila berada dekat bersama pasangan melalui adunan rasa manis, pahit, masam serta percikan sitrus. Nota dibuka dengan bergamot, air serta limau gedang, kemudian nota tengahnya dilayang ekstrak bunga melur, narcissus, violet serta raspberi. Tidak sah tanpa aroma hangat nota amber, musk serta patchouli sebagai penutup bau mewah ini.
Chanel Chance Crayons de Parfum Limited Edition RM325/4pensel
Jika kamu mahukan haruman yang mudah dibawa ke mana-mana untuk pasangan kamu, kami cadangkan hadiahkan dia dengan haruman daripada Chanel ini. Hadir dalam bentuk haruman pepejal, empat haruman ini terdiri daripada Chance, Chance Eau Fraîche, Chance Eau Tendre dan Chance Eau Vive. Setiap satunya punya nota dan komposisi yang berbeza-beza. Ada yang memberi rasa aroma hangat, segar, buah-buahan juga bunga-bungaan.
Dior Sauvage Eau de Parfum RM356/60ml
Haruman mewah untuk si dia dengan mainan komposisi buah bergamot yang penuh jus, kemudian dihangatkan lagi dengan nota kayu-kayan Ambroxan® yang diadun bersama esen vanila eksklusif. Sesuai untuk si dia yang gemarkan sesuatu yang hangat dan misteri namun dalam masa sama mampu memberikan rasa segar melalui aroma haruman ini.
Jo Malone London English Oak & Hazelnut Cologne RM280/30ml
Sejenis cologne uniseks yang dihadirkan dengan aroma adunan kazang hazel hijau, elemi pedas dan vetiver. Daripada nota-nota ini, kamu juga boleh bayangkan betapa mewahnya haruman ini. English oak dan kacang hazel menghasilkan bauan maskulin dengan sedikit rasa pedas. Dan jika kamu mahukan kelainan, adunkan haruman ini bersama haruman cologne daripada Jo Malone yang lain seperti Wild Bluebell. Campuran kedua-dua haruman ini mampu mencipta aroma yang lebih sensual.
Tiffany & Love For Him EDT RM298/50ml
Haruman memikat sesuai buat pasangan tersayang. Aroma sitrus kuat bakal menyelubungi sang teman lelaki dengan adanya nota pembuka seperti halia, buah oren mandarin, cardamom dan kemudiannya diserikan dengan nota tengah seperti beri juniper dan pokok cypress. Kemudian dinoktahkan dengan aroma kayu cendana, sequoia dan vetiver. Kami pasti kamu bakal jatuh cinta kali kedua dengan pasangan kamu setelah menyarung haruman ini.
Apa pandangan anda?