Posted on October 29, 2020
Mungkin ada antara kita yang tidak menyambut Halloween, tetapi masih ingin memeriahkan sambutan ini dengan mencuba solekan lain daripada yang lain bertemakan perayaan ini. Dan mungkin ada antara kamu yang sedang lagi scroll di Internet dan masih mencari solekan kostum bagaimana yang ingin kamu cuba. Jika kamu inginkan kelainan bolehlah lihat idea dan inspirasi mekap daripada pilihan kami ini. Ada antara solekan pilihan kami ini amat mudah untuk dicipta kembali. Sudah bersedia untuk parti Halloween a.k.a parti di skrin Zoom kamu? Mari cuba 5 solekan Halloween pilihan kami ini!
1- Pop Art
Gambar dan solekan oleh @officialdanieyjunaedy
Solekan pop art semakin popular dan kalau di Malaysia, ia lebih menjadi popular apabila melihat Naim Daniel mempersembahkan solekan ini untuk pentas Juara Lagu ke-34. Solekan pop art ini telah menjadi pilihan dan antara solekan yang popular untuk tema Halloween tahun ini. Jika kamu fokus dalam mempelajari tutorial solekan ini, mungkin kamu juga boleh mencubanya. Apalah Halloween, tanpa cabaran dalam mencipta solekan, bukan?
2- ‘Cut my crease too much…’
Gambar dan solekan oleh @jamescharles
Solekan James Charles tidak pernah menghampakan. Memandangkan kita dalam situasi pandemik yang mana mewajibkan kita menyarung pelitup muka, mungkin kamu boleh mencuba solekan mata seperti James. Temanya, ‘I cut my crease too much…’
3- ‘Ini cara saya atasi fobia saya….’
Gambar dan solekan oleh @makeupby_makenzie
Gambar dan solekan oleh @dhia_kassim
Adakah kamu takut akan labah-labah, atau kamu pencinta haiwan ini? Sama ada suka atau takut, ini antara solekan yang boleh kamu cuba. Nampak seperti labah-labah sebenar, bukan?
4- Sesuatu yang fun
Gambar dan solekan oleh @nikkietutorials
Nikkie sering tampil dengan pelbagai solekan yang memukau setiap kali dia memuatnaik gambarnya di Instagaram. Dan solekan ini menangkap mata saya. Mungkin kamu boleh mencuba sesuatu yang fun sebegini. Nikkie turut berkongsi tutorial solekan ini, jadi apa tunggu lagi, pergi tengok!
5- Mudah dan cepat!
Gambar dan solekan oleh @rowisingh
Mahukan sesuatu yang mudah dan cepat? Ambil inspirasi solekan Halloween daripada Instafamous pilihan kami ini, Rowi Singh. Sering tampil dengan solekan kreatif, dan kali ini dia memuat naik beberapa foto solekannya bertemakan Halloween. Solekan yang simple namun masih memberi impak!
Apa pandangan anda?