Posted on November 18, 2020
Saban tahun Aesop akan tampil dengan tema yang berbeza-beza untuk kit hujung tahun mereka. Kali ini mereka kembali dengan kit yang diberi nama ‘Sensory Chronicles’ bagi mengangkat tema kuasa imaginasi. Dan setiap kit yang dicipta oleh Aesop ini adalah jemputan untuk kamu memulakan perjalanan fikiran serta penggunaan pancaidera diri bagi meraikan kemampuan manusia untuk mengakses dunia tanpa meninggalkan rumah.
Dilancarkan pada 2 November yang lalu, setiap bungkusan kit yang dicipta ini diperbuat 100 peratus daripada bahan kitar semula. Mari kita lihat satu-persatu kit daripada rangkaian ‘Sensory Chronicles’ ini yang boleh kamu pilih. Baik untuk dijadikan hadiah untuk keluarga, teman-teman atau juga untuk diri kamu sendiri.
Bukan itu sahaja, setiap kit individu ini mempunyai kod QR di mana ia membolehkan kamu mengimbas kemudian mendengar kisah-kisah penceritaan terpilih yang mana kamu boleh muat turun sebagai eBook ataupun sekadar audio sahaja.
The Ardent Nomad RM610
Menyaksikan trio rangkaian Parsley Seed Skin yang terdiri daripada Parsley Seed Facial Cleanser (200ml), Parsley Seed Anti-Oxidant Facial Toner (200ml) dan Parsley Seed Anti-Oxidant Serum (100ml) yang mana ia berfungsi dalam memperjelas, mengimbangi serta membaik pulih kulit wajah. Kit ini diinspirasikan daripada pengarang serta pengembara berbangsa Swiss, Isabelle Eberhardt. Menceritakan perjalanannya ke Afrika Utara di mana dia menyamar sebagai seorang lelaki. Dari pengembaraannya, dia memerhati tentang tempat-tempat yang dikunjungi serta manusia yang ditemui. Diari pengembaraannya ini membuktikan pemgembaraan solonya sebagai sesuatu yang hebat dan manis.
The Lore Collector RM390
Kit ini mengumpulkan rangkaian tubuh seperti Geranium Leaf Body Cleanser (100ml), Geranium Leaf Body Balm (100ml), Resurrection Aromatique Hand Wash (500ml) dan Resurrection Aromatique Hand Balm (75ml). Koleksi ini mempamerkan eBook daripada kisah ‘The Dream of Akinosuke’, kisah yang ditulis oleh penulis Jepun berketurunan Yunani-Ireland, Lafcadio Hearn. Menceritakan tentang petani Jepun yang tertidur di bawah pohon cedar. Kemudian dia dikejarkan ke istana raja di mana di situ dia disuruh menikahi puteri raja lantas dijadikan penguasa provinsi pulau itu. Apakah kesudahannya? Kamu boleh layari sendiri menerusi kod QR yang disediakan di kotak kit ini.
The Seasoned Wayfarer RM360
Kit yang dicipta khas untuk haruman rumah yang terdiri daripada Istros Aromatique Room Spray (50ml), Post-Poo Drops (100ml) dan Resurrection Aromatique Hand Wash (500ml). Daripada ruang tamu hinggalah ke tandas, Aesop menyatukan tiga produk yang sesuai ini untuk keselesaan kamu di rumah. Dipadankan pula dengan kisah puitis oleh seorang polimat India yang terkenal. Memotretkan kehidupan di Calcutta dan penerokaan identiti serta penemuan diri. Kisah ‘The Kabuliwala’ oleh Rabindranath Tagore ini menceritakan kisah seorang pedagang yang berkawan dengan seorang gadis Bengali.
The Metaphysical Voyage RM615
Mengandungi dua produk yang mampu mengembalikan keseimbangan kulit wajah. Duo tersebut adalah Lucent Facial Concentrate (60ml) dan Parsley Seed Anti-Oxidant Facial Hydrating Cream (60ml). Krim pelembap yang cukup kaya ini dipadankan bersama kisah sastera hebat daripada penulis Brazir, Joaquim Maria Machado de Assis tentang ‘The Delirium’. Menceritakan tentang sebuah mimpi di mana si pencerita ini tidak sedar sama ada dia sedang lagi hidup ataupun sudah meninggal dunia, dan ketika itu dia dibawa oleh seekor badak terbang ke awal waktu. Bagaimanakah cerita pelik ini berakhir? Jangan lupa untuk imbas kotak kit ini.
The Chance Companion RM240
Tampil dengan produk pencuci tangan signatur Aesop berserta salap tubuh beraroma sitrus iaitu Resurrection Aromatique Hand Wash (500ml) dan Rind Concentrate Body Balm (100ml). Kit ini juga mempersembahkan kisah sastera yang berjudul ‘Something Childish but Very Natural’ hasil karya penulis asal New Zealand, Katherine Mansfield. Dengar lanjut kisah ini dengan mengimbas kod QR yang terkandung pada kotak kit ini.
Kesemua kisah menarik ini boleh kamu dengari di setiap kotak individu kit ‘Sensory Chronicles’ ini dengan hanya mengimbas kod QR. Setiap kit mengandungi cerita yang berbeza-beza. Dapatkan kit ini di stor signatur Aesop ataupun di Lazada!
Apa pandangan anda?