Posted on November 19, 2021
Sudah hampir semua daripada kita sekarang perlu kembali ke pejabat. Atau masih setengah-setengah masuk pejabat dan bekerja dari rumah. Ini juga bermakna sebagai wanita berkerjaya, tak kiralah dari rumah atau di pejabat, penampilan perlu hebat. Masanya untuk kita bersolek semula. Jadi saya ingin berbicara tentang back to work makeup bersama produk-produk eksklusif daripada Y.O.U Beauty.
Dek kerana tuntutan memakai mask waktu ini, saya cadangkan kita memfokus kepada solekan mata. Saya kira banyak antara kita yang perlu belajar lebih mendalam cara-cara untuk menyolek mata kerana hanya itu bahagian wajah yang paling ketara dalam keadaan sekarang ini.
The Simplicity Eyeshadow Quad
Hadir dengan empat warna dalam satu palet untuk disesuaikan pada apa jua acara. Formulanya berpigmentasi tinggi membolehkan warnanya keluar dan menonjol pabila diaplikasikan pada kelopak mata. Saiznya juga kompak sempurna untuk beg solek kamu! Harga RM26.90
Back To Work Makeup 101
View this post on Instagram
Kusyen wajah amat penting untuk menyediakan kulit sebelum kamu menyapu solekan-solekan lain pada wajah. Ia akan membantu kamu mencapai kulit tanpa cela sekaligus menjadikannya kanvas sempurna untuk solekan.
The Simplicity Color Corrector Cushion
Kusyen wajah ini memiliki fungsi 2 dalam 1 melembap dan mencerahkan yang bukan sahaja memberi kesan kulit tanpa cela tetapi juga mengandungi Green Perslane untuk merawat dan melindungi kulit dari sinar UV. Formulasinya juga lembut pada kulit dan berasa ringan pada wajah selesa sepanjang hari. Harga RM47.90.
The Simplicity Flawless Skin Compact Powder
Bedak kompak ini sungguh ringan dalam masa sama ia mampu melitupi noda dan kulit tak sekata dengan sempurna. Ia juga boleh menyerap sebum pada wajah memberi kesan segar pada kulit sepanjang hari. Harga RM29.90
Nah sekarang juga pasti ramai antara kamu yang mementingkan lipstik sempurna yang tak mudah tercalit pada mask. Atau pun kita perlukan warna bibir yang boleh tahan sepanjang hari walaupun setelah memakai dan menanggalkan mask beberapa kali sehari.
The Rouge Velvet Matte Lip Cream
Hadir dengan kemasan seperti baldu untuk warna lebih terang dan berani kepada bibir kamu. ia direka untuk kita yang sukakan warna terang dan berpigmentasi tinggi. Dari warna nude elegan hingga kepada ton merah menyala, matte lip cream ini pasti dapat membantu kamu mencapai bibir mungil yang akan membuat sesiapa pun menoleh dua kali.
Krim bibir ini bukan sahaja tahan lama dan tidak tertanggal, ia juga diformulasikan dengan minyak kelapa dan Vitamin E yang akan membantu melembapkan dan melembutkan bibir. Tiada lagi bibir kering dan terkupas. Ia hadir dengan 18 warna hebat berharga RM36.90 setiap satu.
Untuk mendapatkan solekan yang cantik, keadaan kulit kamu memainkan peranan yang sangat penting kerana untuk mendapat solekan yang hebat ia memerlukan kanvas yang sempurna.
Rahsianya untuk mendapatkan kulit sempurna ialah dengan menghilangkan semua cela dan noda pada wajah. Mulakan dengan melawan tanda-tanda awal penuaan bersama bestseller daripada Y.O.U Beauty – The Golden Age Series. Kita semua mahu age gracefully tetapi tentunya ia memerlukan sedikit usaha. Selain daripada gaya hidup sihat dan diet seimbang, penjagaan kulit memainkan peranan penting. Seiring peningkatan usia, pembaharuan sel menjadi perlahan an bermula usia 25, penghasilan kolagen dalam tubuh juga akan berkurang yang akan terlihat dari segi pembentukan kedut dan garis halus.
Golden Age Series amat bagus untuk kamu memperbaiki kulit dari awal. Ia diformulasikan dengan ekstrak Pomegranate dan Calendula Officinalis Flower yang boleh merawat kulit rosak, menghilangkan tanda penuaan dan melembapkan kulit. Ia juga mengandungi Hyaluronic Acid yang boleh memperbaiki tekstur kulit dan mengurangkan garis halus. Formulasi ini tidak mengandungi alkohol jadi ia sesuai sekali untuk kulit sensitif.
Khasiat Pomegranate untuk kulit
Pembaharuan kulit: membantu melindungi dan memperbaharui sel epidermis kulit
Perlindungan sinar UV: mengandungi bahan semulajadi untuk melindungi kulit daripada sinar UV dan mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas
Anti-penuaan: membantu mengurangkan penuaan sebelum waktu seperti kedutan, garis halus dan hiperpigmentasi
Kulit remaja: membantu menggalakkan produksi kolagen dan elastin untuk kulit lebih lembut dan anjal
The Golden Age series terdiri daripada Deep Cleansing Facial Wash, 2 In 1 Essence, Refining Serum, Illuminating Day Cream, Revitalizing Night Cream dan Energizing Eye Cream. The Golden Age 2 in 1 Essence dan Refining Serum adalah dua produk kegemaran dalam siri ini. The Golden Age 2 in 1 Essence diformulasikan dengan Lactic Acid, Niacinamide, Allantoin, ekstrak Calendula Officinalis Flower dan ekstrak Snow Mushroom memberi lapan faedah kepada kulit termasuk,
- Exfoliating
- Hydrating
- Rejuvenating
- Texture & Pore Refining
- Soothing
- Brightening
- Refreshing
- Boost Skin Elasticity
Back to Work Makeup 101
View this post on Instagram
Di mana Beli
Dapatkan diskaun sehinggga 50% dari Watsons laman web atau app | Beli 1 Percuma 1 di Lazada | Shopee
Tawaran hebat menanti kamu!!
Watsons
Tarikh: WM: 28/10 – 24/11/2021 | EM: 04/11 – 01/12/2021
Golden Age Series
10% off + additional 10% off untuk Watsons’ members
GlamFix Beauty Tools
5% off + additional 5% off untuk Watsons’ members
The Simplicity Series (selected products)
20% off + additional 10% off for Watsons’ members
Tonton juga Y.O.U Beauty’s Live di Watsons Facebook page dan menangi makeup set bernilai sehingga RM290.
26 Nov 21 bersama Miss International Malaysia 2019, Charmaine Chew
Apa pandangan anda?