Posted on September 17, 2024
Teknologi kecantikan di Korea Selatan sememangnya sudah sangat terkenal sehingga ramai pelancong sanggup terbang ke sana semata-mata untuk menjalani rawatan kecantikan yang mereka tawarkan.
Namun, sekarang kamu tak perlu lagi mengembara jauh-jauh untuk menikmati teknologi seumpamanya kerana di Malaysia juga sudah ada rawata berevolusi dengan teknologi Korea hasil kerjasama Beauté Library dan B+ Clinic – dua nama besar ini bergabung untuk memperkenalkan dua penyelesaian anti-penuaan: rawatan Stem-K Regen+ dengan NAD+ dan rawatan Stem-K Regen+ dengan BioFactors.
Kedua-dua inovasi ini dijangka akan mencetuskan perubahan besar dalam industri kecantikan sekaligus membolehkan kamu untuk mencapai kulit sihat dan berseri bak wanita Korea.
Stem-K Regen+ dengan NAD
Stem-K Regen+ dengan NAD+ adalah rawatan wajah bersifat tidak invasif – ia dilihat sebagai penanda aras baharu dalam menyelesaikan masalah serta tanda-tanda penuaan. Menerusi rawatan ini, kamu bakal dimanjakan dengan Facial Stem-K berasaskan tumbuhan pertama di Malaysia yang menggabungkan teknologi CryoTherma X Lift dari Korea dengan manfaat NAD+ – hasilnya kamu akan menikmati kulit yang jauh lebih sihat dan berseri tanpa memerlukan sebarang suntikan.
Buat kamu yang tidak tahu NAD+ sangat kaya dengan pelbagai manfaat baik seperti memperbaiki DNA serta sel yang rosak, memperlahankan tanda penuaan dan banyak lagi – yang pasti ia tidak akan membawa sebarang kesan sampingan kepada kulit kamu.
Stem-K Regen+ dengan BioFactors
Buat kamu yang lebih gemarkan rawatan invasif, Stem-K Regen+ dengan BioFactors adalah pilihan paling sesuai – rawatan berasaskan suntikan ini diperkaya dengan dengan bahan-bahan seperti peptida, asid hialuronik, niacinamide dan adenosine bagi menghidrat, mengembalikan ketegangan serta memperhaluskan kulit.
Bukan itu sahaja, ia juga berkesan dalam mengurangkan garis halus, meningkatkan keanjalan serta mengecilkan pori – kehebatan Stem-K Regen+ dengan BioFactors dipercayai mampu memberikan hasil yang setara dengan setahun penjagaan kulit anti-penuaan.
Kedua-dua rawatan tidak invasif dan invasif ini ditawarkan sebagai pilihan untuk memenuhi kepelbagaian keperluan kulit individu yang berlainan dan unik – memastikan semua orang mampu tampil lebih yakin dan percaya diri dengan kulit yang anggun serta berseri.
Tak pasti rawatan yang mana lebih sesuai buat kamu? Apa kata dapatkan skin analisis secara percuma menerusi roadshow ‘The Science of Youth’ yang bakal menemui kamu bermula 16 September sehingga 13 Oktober 2024 di beberapa lokasi termasuk The Starling, Lot 10, Publika dan banyak lagi.
Untuk dapatkan senarai penuh lokasi dan sebarang maklumat lanjut kamu boleh ikuti laman Instagram Beauté Library and B+ Clinic.
Apa pandangan anda?