Posted on April 1, 2020
Walaupun berada di rumah, kamu masih boleh tampil bersiap dan yang penting inilah masanya untuk kamu memanjakan diri dan wajah kamu dengan rutin kecantikan terbaik dan paling optima. Masih bingung tidak tahu produk apa yang baik untuk kulit wajah kamu? Mungkin 10 produk terbaru daripada Sephora ini mampu menyelesaikan masalah kamu!
Drunk Elephant F-Balm™ Electrolyte Waterfacial Hydrating Mask RM228
Buat kamu yang memiliki kulit tidak sekata, kulit kusam dan tidak bermaya, kamu mungkin mahu cuba pupur oleh jenama ini. Diformulasikan daripada koktel elektrolit yang mampu memberi penghidratan maksima pada kulit wajah seperti niacinamide, sodium PCA, ceramid, plant squalane, asid lemak omega dan kaya antioksida. Bukan itu sahaja, pupur ini juga memiliki kandungan vitamin F yang berfungsi untuk memberi hasil kulit wajah lebih tenang.
Sephora Collection Metallic Mask RM24/satu
Buat kamu yang belum pernah mencuba pupur metalik baharu daripada Sephora Collection ini, kamu harus mencubanya secepat yang mungkin. Mengapa menggunakan kertas kerajang? Ini kerana kertas pupur jenis kerajang ini mampu memberi interaksi baik antara kulit wajah dan bahan kandungan aktif dalam pupur ini. Sesuai buat semua jenis kulit dan buat kamu yang mahukan lembapan optima buat wajah kamu!
Pixi Beautifeye Eye Patches Brightening Under Eyes
Buat kamu yang duduk di rumah sering menghadap televisyen, telefon dan komputer, pastinya mata terasa lesu. Mentang-mentang kerja dari rumah, kamu ambil kesempatan untuk tidur lewat. Ini adalah pupur mata versi terbaru daripada Pixi untuk merawat mata kamu yang lesu itu. Siapa tidak mahukan lembapan maksima pada wajah, diperkaya pula dengan Vitamin C, ginseng dan licorice, pupur tampal jenis gel ini adalah antara pupur mata harus kamu miliki.
Kristin Ess Frizz Management Cleansing Co-Wash
Ini buat kamu yang memiliki rambut jenis kerinting, syampu rambut kurang buih terbaik untuk kamu. Bukan sekadar mencuci, malah ia turut memiliki manfaat perapi terbaik dalam hanya satu langkah. Ia mampu mengawal kadar rambut kusut yang sering terjadi pada mereka yang memiliki rambut jenis bergulung ini. Kamu pasti suka produk ini kerana ia miliki haruman signatur Kristin Ess.
Joon Saffron Hair Elixir Pistachio + Rose Hair Oil RM205
Antara jenama baru yang harus kamu intai di Sephora, minyak rambut yang cukup ringan serta serapan cepat pada rambut ini adalah antara minyak rambut mesti milik buat kamu semua. Melembap serta membantu mengawal kusut rambut langsung memberi hasil rambut yang lebih bersinar adalah kepakaran minyak rambut ini. mengandungi Saffron, pistachio dan mawar yang sering digunakan oleh masyarakat Parsi dalam ritual kecantikan mereka berabad lamanya. Ternyata rambut kamu akan menjadi lebih kuat, lembut dan sihat!
Anastasia Beverly Hills Amrezy Eyeshadow Palette (Edisi Terhad) RM200
Dengan 16 pilihan rona baharu iaitu 10 pembayang mata, 4 pigmen tekan dan 2 lagi glitter tekan. Sesuai buat kamu yang mahu mencipta solekan impian kamu. Daripada solekan jenis klasik nude sehinggalah ke solekan ceria dan seksi. Daripada solekan mata pusam hinggalah ke metalik, segalanya boleh kamu reka menerusi palet ini. Dicipta dengan formula bebas komodegenik, tanpa paraben dan gluten.
Ghd Helios Professional Hairdryer
Cukup ringan, laju serta mampu mengawal rambut dengan baik sekali. Inilah rekaan terbaharu daripada jenama ini buat kamu yang masih tercari-cari peranti rambut terbaik. Cukup digemari oleh pakar penata gaya rambut kerana ia mengandungi teknologi Aeroprecis™ yang mampu mengawal keadaan rambut. Selain itu, ia turut memiliki kelajuan motor pengering optimum namun tidak membuatkan rambut rosak. Dengan teknologi moden diterapkan dalam penciptaan peranti ini, kamu juga mampu mengeringkan rambut tanpa bunyi bising yang terlalu kuat.
Hourglass Confession™ Ultra Slim High Intensity Refillable Lipstick RM170
Gincu yang boleh diisi semula (refillable) ini memiliki tekstur berkrim dengan kemasan satin yang mampu tahan lama pada bibir si pemakai. Bukan itu sahaja, reka bentuknya yang cukup sleek, halus dengan bungkusan kelalang disalut rona emas membuatkan gincu ini tampak cukup mewah serta mudah dibawa ke mana-mana. Tiga puluh pilihan rona dicipta untuk koleksi ini baik daripada rona nude, mauve, merah jambu, beri mahupun merah, sesuai digayakan untuk solekan pagi dan malam.
Tatcha The Serum Stick RM250
Serum berbentuk batang ini amat mudah untuk dipakai. Ringan dan luncur halus pada kulit tanpa meninggalkan rasa lekit. Serum ini diperbuat untuk membantu merawat kulit kering serta menghalang tanda penuaan pada wajah. Bukan itu sahaja, ia juga membantu membuatkan solekan tampak lebih mulus dengan adunan yang cukup sempurna tanpa terlihat sebarang garis capuk. Dan kamu juga boleh layangkan serum ini di atas solekan kamu jika solekan kamu mulai kelihatan kusam dan tidak cantik setelah seharian. Ia akan menyegar serta menyerikan kembali kulit wajah. Serum ini dicipta untuk semua jenis kulit dan tidak memiliki paraben, haruman sintetik, minyak mineral, detergen sulfat, urea, DEA atau TEA.
Dear Dahlia Lip Paradise Effortless Matte Lipstick RM145
Jenama vegan yang diinspirasikan daripada bunga dahlia ini kini tiba di Malaysia. Kali ini memperkenalkan rangkaian gincu bibir jenis pusam untuk peminatnya. Walaupun bertekstur pusam, tidak bermakna gincu ini dicipta untuk mengeringkan bibir. Ia dicipta dengan kadar lembapan yang mencukupi dan ringan untuk memberikan keselesaan maksima pada si pemakai. Berpigmen tinggi membuatkan rona gincu ini mampu membuatkan bibir lebih terserlah cantik apabila dipakai. Yang paling penting sekali, gincu ini bebas paraben, bebas ujian haiwan serta jauh daripada lapan bahan kandungan populat yang berbahaya dalam kosmetik.
Apa pandangan anda?