Posted on September 24, 2020
Berita cantik minggu ini menyaksikan dua jenama besar Lancôme dan Caudalie tampil dengan khabar gembira dan kami turut teruja lantas ingin berkongsikan dengan kamu semua. Jom baca lanjut!
Lancôme di Lazada, Kini Buka Stor Flagship Secara Rasmi di LazMall
LazMall pusat beli-belah atas talian paling besar di sekitar Asia Tenggara. Dan LazMall di dalam aplikasi Lazada adalah ruang yang didekasikan untuk mengakses segala produk yang sememangnya asli dan tidak diragui daripada jenama-jenama popular baik antarabangsa mahupun lokal. Dan kini kini jenama kecantikan Lancôme pula secara rasmi berkolaborasi bersama Lazada langsung membuka stor flagshipnya secara rasmi di LazMall pada 25 September 2020 ini.
Menurut Jennie Ma, Pengurus Besar Bahagian L’Oreal Luxe,
Kami begitu teruja melancarkan jenama Lancôme di Lazada kerana kami sememangnya lihat ada potensi yang tinggi dalam pasaran untuk menjangkau pengguna baharu. Lazada ialah satu platform yang berinovatif pantas dan dinamik yang mana penggunanya kita boleh lihat sangat berkait rapat dengan pasaran kecantikan dan cara apa lebih baik lagi selain daripada melancarkan jenama terbesar kami di L’Oreal ini.
Jangan lupa untuk saksikan secara langsung influencers kecantikan Malaysia berkongsi rahsia kecantikan mereka menggunakan produk-produk jenama ini di laman flagship Lancôme di LazMall bermula 22 hingga 24 September 2020 jam 8 malam.
Manakala pada tarikh rasmi pelancaran stor ini iaitu pada 25 September nanti, akan ada program di Lazada yang diberi nama Fancy Friday dan bakal bersiaran secara langsung jam 12 tengahari hingga 1 petang. Menampilkan jurusolek Ummi Nasir dan Pengurus Pendidikan Lancôme, Carmen Wong, berkongsi pelbagai tip kesihatan kulit.
Ini antara promosi yang sedang berjalan kini di stor flagship Lancôme di LazMall, selamat membeli-belah!
Caudalie Vinoperfect Radiance Serum Sambut Ulang Tahun ke-15
Serum ikonik daripada Caudalie ini antara serum terhebat di pasaran Perancis, dan sehingga kini menjadi pilihan wanita-wanita di luar sana. Bak kata jenama ini sendiri, tidak kira umur, setiap daripada kita sememangnya menginginkan kulit yang lebih cerah, bebas bintik-bintik hitam dan tidak perlu membazirkan wang untuk rawatan laser mahupun produk pemutih. Ramai juga di luar sana yang sedar, tidak semua Vitamin C di pasaran itu elok, ada yang boleh memberi kesan sampingan pada tubuh badan mereka. Jadi, disebabkan itu ramai yang memilih serum ini dan ternyata lebih yakin dengan kebolehan serum ikonik daripada Caudalie ini.
Serum yang ternyata sudah bertapak di pasaran dunia kecantikan 15 tahun lamanya ini memiliki sebabnya yang tersendiri mengapa ia masih kukuh di persada pasaran hari ini. Buat yang tidak tahu, produk signatur Vinoperfect Radiance Serum ini dicipta istimewa daripada getah anggur yang telah dipatenkan menjadi Viniferine dengan kekuatan pencerah semula jadi sebanyak 62 kali lebih berkesan daripada Vitamin C. Namun, ia langsung tidak menyebabkan kepekaan foto pada waktu siang, iritasi serta kekeringan pada kulit. Malah, ia mempromosikan keserian sepanjang hari dan membantu merawat dan menghalang kulit daripada menghasilkan binti-bintik hitam, jeragat, parut jerawat dan sebagainya.
Bebas daripada minyak, alkohol, haruman sintetik dan paraben yang membuatkan wanita-wanita di luar sana lebih yakin dengan serum ini dan sesuai digunakan oleh semua jenis kulit.
Bersempena dengan ulangtahun yang ke-15, Caudalie melancarkan edisi khas “15th Anniversary Limited Edition Vinoperfect Radiance Serum”. Edisi terbaharu ini lebih mencerminkan kekuatan efek pencerahan daripada intipati natural seperti buah anggur juga pada komitmen jenama yang sentiasa memegang kepada falsafah ‘clean beauty’.
Bakal berada di Sephora bermula 1 Oktober 2020 ini, serum edisi terhad Vinoperfect Radiance Serum bakal dijual pada harga RM365/50ml, di Sephora!
Apa pandangan anda?