Posted on April 5, 2021
Siapa yang layak dinobat Best Makeup SAG Awards? Kami memilih hanya empat sahaja kali ini. Masing-masing tidak keterlaluan malah cantik sekali dipandang dan wajar dijadi inspirasi.
Semua mata bertumpu kepada solekan selebriti yang hadir ke acara SAG Awards melalui skrin Zoom. Begitulah norma baharu majlis anugerah.
Tentunya keterujaannya sama cuma dari segi solekan boleh dilihat kebanyakan aktres di anugerah SAG kali ini tampil bersahaja. Yalah jika sudah hanya menghadiri dari rumah, tiada alasan untuk bersungguh-sungguh dalam bersolek. Tetapi masih cantik semuanya malah mencipta trend baru dalam dunia solekan yakni serba minimal. Saya suka kerana masing-masing lebih relaks dan natural. Cuma highlight sahaja kecantikan semulajadi yang dimiliki.
Emma Corrin sekali lagi disebut-sebut kerana menggayakan potongan rambut baru diwarnakan platinum blonde dengan highlight chunky 90-an. Rambutnya sesuai dengan gaya grunge persalinan Prada yang dikenakannya. Kerry Washington pula memilih tema cornflower blue bersama kuku manicure berbatu. Elle Fanning bergaya ala Bridgette Bardot moden dengan rambut messy lurus selain daripada penggaris mata hitam.
Inilah Best Makeup SAG Awards 2021 Pilihan Kami
Kerry Washington
Elle Fanning
Jurnee Smollett
Emma Corrin
Apa pandangan anda?