Posted on June 17, 2020
Setelah hampir setahun lebih Blackpink tidak mengeluarkan album dan lagu baru. Namun, baru-baru ini YG Entertainment mengumumkan satu berita gembira yang bukan sahaja dirasai ahli kumpulan Blackpink sendiri yang terdiri daripada Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose, malah peminat mereka dari seluruh dunia. Mungkin ramai yang tidak tahu, begitu banyak sogokan yang telah dilakukan oleh peminat Blackpink di seluruh dunia. Antaranya, mereka menyewa van yang disertakan dengan sepanduk skrin LED meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap syarikat YG mengelilingi bandar Seoul serta di hadapan bangunan YG sendiri.
Walau apapun, segala usaha peminat Blackpink boleh kami katakan membuahkan hasilnya. Akhirnya kita semua dapat melihat Blackpink keluar daripada tempurung mereka dan kembali aktif di dalam studio. Walau sekadar muncul kembali dengan single, peminat tetap berpuas hati. Kami juga! Ini kerana Blackpink tampil dengan wajah baharu! Walau sekadar single, imej baharu mereka agak beria.
Menerusi poster teaser pertama yang dikeluarkan mereka dua hari yang lalu, kita dapat lihat Blackpink kali ini tampil dengan satu sisi yang belum pernah mereka tunjukkan kepada BLINKS (peminat) sebelum ini. Menerusi rancangan realiti Blackpink – ‘24-365 With Blackpink’ Prologue yang disiarkan menerusi laman Youtube rasmi mereka, Jisoo ada berkongsi,
Jika lagu sebelum ini memberikan kami imej wanita gagah dan berkuasa, namun untuk lagu kali ini, kami tampil ke arah hip hop dan penuh swag.
Jennie
Jisoo
Lisa
Rose
Menerusi poster teaser pertama mereka, mata kami tertumpu pada tatarias kuku mereka. Siapa lagi kalau bukan hasil tangan Park Eunkyung aka @uni_stella yang sememangnya nail artist kegemaran bukan sahaja Blackpink malah kumpulan idola lain di Korea. Jika dilihat Jennie tampil dengan tatarias kuku yang disaluti dengan wayar metalik, Lisa pula diserikan dengan kuku panjang rona lavender dengan sentuhan esen putih dan Jisoo juga berkuku panjang berona putih serta tajam di bahagian hadapan. Keseluruhan beauty look mereka ini boleh saya rumuskan berkonsepkan futuristik.
Lihat sahaja solekan mereka, seperti Jennie, wajah dilayang pembayang merah bawah mata sehingga ke epal pipi. Lisa pula dilayang eyeliner panjang, tebal serta dititik rona hijau pada bahagian sudut dalam mata. Jisoo tampil dengan solekan mulus namun masih senada konsepnya dengan ahli yang lain. Manakala Rose pula fokus solekannya adalah pada bahagian mata dengan kemilau dan garis bawah mata merah.
Bercakap tentang gaya rambut, ternyata mereka all out. Jennie kali ini bereksperimen dengan gaya rambut dwi tona iaitu perang dan hitam. Lisa dengan rambut merah serta Rose berambut ungu lavender. Jisoo kali ini tampil manis dengan rambut panjang berona hitam.
Tepat jam 8 pagi (waktu Malaysia) tadi, YG Entertainment memuatnaik poster teaser kedua Blackpink di aplikasi Vlive. Saya cukup tertarik dengan konsep solekan Lisa. Ganas! Imej mereka di dalam teaser kedua ini lebih terarah ke gaya Goth dan Punk. Mainan net, pakaian hitam, aksesori perak dan tatahan berlian pada wajah menjadi gaya pilihan mereka kali ini.
Kami menjadi semakin tidak sabar menanti 26 Jun ini. Keseluruhan konsep masih samar-sama, namun kami yakin ia akan jauh lebih meletup daripada konsep yang pernah dipersembahkan mereka sebelum ini.
Apa pandangan anda?