Posted on January 15, 2021
Memandangan perintah kawalan pergerakan (PKP) telahpun dikuatkuasakan semenjak Rabu lalu, kami pasti banyak perkara yang tidak sempat hendak dilaksanakan sebelum tibanya hari ‘berkurung’ tersebut. Walaupun bukanlah bermakna kamu tidak boleh keluar langsung sepanjang tempoh PKP berlangsung ini, akan tetapi ada servis yang terpaksa ditutup. Antaranya seperti spa dan salon kuku. Jadi, buat kamu yang runsing bagaimana hendak buang pewarna gel pada kuku kamu itu, jangan risau. Kami ada tip, kamu boleh lakukan di rumah sahaja!
Langkah 1: Lembutkan (buff) bahagian permukan kuku yang dilapis pewarna kuku gel
Pastikan kamu ada buffer di rumah. Mulakan dengan menggesel lembut buffer tadi pada permukaan kuku. Pastikan kamu lakukan dengan berhati-hati tanpa mengoyak kulit di sekitar kuku. Tujuan buffing ini adalah untuk membuang lapisan paling atas pada formula pewarna gel di kuku kamu. Lapisan tadi itulah yang menjadi pelindung kepada pewarna kamu dan tidak memudahkan sebarang anasir luar untuk merosakkan pewarna kuku kamu itu. Jadi, setelah kamu buff, lapisan tadi akan hilang. Jadi, ia akan memudahkan cecair pembersih kuku meresap ke dalam dengan lebih efektif.
Langkah kedua: Balut kuku kamu
Menurut temubual Kirsty Meakin, nail artist juga Youtuber popular, di Glamour, sebaiknya sebelum kuku dibalut, kamu sapukan krim Vaseline pada bahagian kulit dan kutikel kamu untuk elakkan daripada menjadi kering. Kemudian, balutkan kuku kamu kapas yang telah direndam dengan pencuci kuku. Pastikan pencuci kamu mengandungi kandungan acetone di dalamnya, jika tidak susah untuk kamu mencuci kuku gel kamu. Barulah selepas itu, balutkan dengan kertas lembut aluminium. Biarkan selama 10 hingga 15 minit.
Langkah ketiga: Alih kapas dan kertas aluminium tadi untuk buang pewarna gel
Tidak mengapa jika kamu liha pewarna gel masih ada pada kuku kamu. Yang penting, setelah terendam lebih 10 minit tadi, pewarna tersebut sudah berada di tahap yang lembut dan rapuh. Sudah tiba masanya, kamu gunakan batang kayu halus atau juga alat kamu gunakan untuk menolak masuk kutikel kuku sebagai alat untuk mengikis pewarna gel tadi. Mungkin langkah ini sedikit payah, akan tetapi inilah prosesnya. Jika pewarna gel masih degil dan tidak mahu tanggal, kamu perlu ulang langkah rendamkan kuku dengan kapas tadi.
Langkah keempat: Kembalikan lembapan kuku
Setelah hilang semua pewarna gel pada kuku kamu, pastikan sesudah itu kamu sapukan losen pada kuku kamu. Ini bertujuan untuk mengelakkan sekitar kulit kering serta memberi lembapan ekstra pada kuku yang telah kamu kikis tadi. Seeloknya, kamu sapukan juga ‘nail strengthener’ untuk mengembalikan kekuatan dinding kuku kamu.
Inilah tip-tip untuk kamu buang pewarna gel pada kuku sendiri. Selamat mencuba!
Apa pandangan anda?