Posted on October 9, 2020
Mari kami kongsikan apa yang menarik bulan ini daripada Aesop dan Etude House!
Aesop Kini di Lazada
Kini segalanya lebih mudah. Begitu juga untuk jenama penjagaan diri dan wajah, Aesop yang kini sudahpun melancarkan stornya di LazMall, Lazada. Buat pertama kalinya, jenama ini muncul di platform e-dagang bagi pelanggan di Malaysia. Dan usah risau, segala promosi atau juga rangkaian edisi terhad daripada jenama ini juga bakal dijual secara maya sama seperti jualan di stor.
Buat kamu yang mungkin tidak mengenali jenama Aesop ini lagi, mari kami kongsikan serba sedikit tentang mereka.
Aesop jenama yang berasal dari Melbourne dan diasaskan pada 1987. Mereka menghasilkan pelbagai produk berkualiti dari produk kulit wajah, rambut hinggalah ke produk penjagaan tubuh badan dengan hanya menggunakan kandungan serta formula selamat yang dihasilkan oleh makmal mereka.
Antara produk kegemaran kami di Aesop yang harus kamu miliki ialah Aesop Parsley Seed Anti-Oxidant Serum RM250, Aesop Rozu Eau de Parfum RM690 dan Aesop Post-Poo Drops RM105.
Etude House Lancar Promosi Shopee 10.10
Promosi 10.10 kini kembali di Shopee dan buat penggemar kecantikan, sesungguhnya Etude House ada berita gembira. Pada 10 Oktober ini, jika kamu kunjungi stor Etude House kamu berpeluang untuk menikmati diskaun 10 peratus bersama tambahan lagi 10 peratus kod baucar dengan perbelanjaan minima RM80 apabila kamu membeli-belah bermula 12 tengah hari hingga 2 petang.
Manakala di platform e-dagang Shopee, pada 26 Oktober ini, kamu berpeluang untuk menikmati diskaun tambahan 20 peratus buat kamu yang membuat pembelian bermula jam 12 tengah hari hingga 2 petang. Tidak cukup itu, pada jam 8 malam hingga 11.59 malam pada hari sama, kamu bakal nikmati diskaun tambahan 10 peratus. Dan pada hari yang sama juga, promosi 20 peratus diskaun akan diberikan kepada kamu yang membeli-belah di stor fizikal Etude House.
Antara produk yang harus kamu miliki daripada Etude House ini sudah tentu produk terbaru mereka daripada koleksi Muhly Romance dan Leather Shop!
Apa pandangan anda?