Posted on February 19, 2020
Kelemumur ini boleh disebabkan oleh pelbagai punca dan saya percaya semua orang pernah mengalami masalah ini. Kelemumur ialah sejenis lapisan sel kulit mati yang telah kering dan mudah terkupas. Apa yang menyebabkan kelemumur ini? Banyak faktor sebenarnya. Ada yang disebabkan oleh kulit kepala kering, penggunaan syampu yang tidak bersesuaian dan ada juga disebabkan oleh rutin penjagaan diri yang tidak betul. Kelemumur yang berlebihan mampu membuatkan tahap keyakinan diri menjadi rendah kerana malu dengan kesan sel kulit mati yang jatuh berselerakan dan sering terlihat lebih-lebih lagi di atas baju yang gelap. Sudah tidak tahan dengan kelemumur yang berkuping di kulit kepala kamu itu? Biar kami kongsi cara rawat kelemumur kaedah tradisional yang boleh kamu cuba. Cuba, jangan tak cuba.
Cuka Epal
Campurkan satu suku cawan cuka epal bersama sesuku cawan air, dan tempatkan ia dalam botol semburan yang boleh kamu gunakan setiap hari. Semburkan pada kulit kepala kemudian balutkan kepala dengan tuala bersih. Biar selama 1 jam kemudian bilas dengan air bersih. Kalau kamu hendak tahu, kadar asid yang terkandung di dalam cuka epal ini mampu mengubah kadar pH yang ada pada kulit kepala kamu. Lakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Bawang Putih
Bawang putih ini banyak manfaatnya untuk kesihatan tubuh badan. Ini kerana ia cukup terkenal dengan manfaat antibakterianya. Bawang putih ini juga mempunya selenium, sejenis mineral penting yang baik untuk kesihatan kulit. Jadi bawang putih ini dikatakan dapat melancarkan sirkulasi darah pada seluruh tubuh termasuk kulit kepala. Apa yang kamu boleh buat ialah tumbuk hancur seulas bawang putih ini. Kemudian gosokkannya pada kulit kepala. Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas sehingga hilang bau bawang tadi.
Air Garam
Syampukan rambut kamu seperti biasa kemudian siramkan dengan air garam. Urut lembut selama beberapa minit dan barulah bilas dengan air sehingga bersih. Ada apa dengan air garam? Untuk pengetahuan kamu semua, air garam ini berfungsi merawat masalah kulit kering, gatal-gatal dan iritasi. Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam air garam ini jika diserap kulit kepala mampu merawat masalah kelemumur kamu itu. Ini kerana ia turut mengandungi kalsium, kalium dan magnesium serta menjadikan ia bekalan nutrisi terbaik buat kulit kepala kamu. Senang cerita, ia adalah antibiotik kamulah!
Apa pandangan anda?