Posted on May 14, 2020
Semenjak duduk rumah ini, bermacam idea kreatif keluar dari kepala. Ada yang sibuk cipta resepi, sesi live jamming dan bermacam lagi. Tidak kurang juga buat selebriti Kim Kardashian West. Jika lihat laman media sosial milik wanita itu, kita boleh nampak, betapa asyiknya dia ber photoshoot di rumah. Baru-baru ini ada salah-satu foto yang dikongsi menunjukkan Kim mengenakan persalinan inspirasi kulit ular. Ini termasuk tatarias kuku serta rambutnya. Belum apa-apa, netizen sudahpun melemparkan kata-kata kasar. Ramai menganggap Kardashian West menggunakan teknik photoshop pada rambutnya. Tidak kurang ada yang mengkritik betapa ‘tidak kemas’ tampalan corak kulit ular pada rambutnya hasil suntingan komputer ini.
Seperti Kim yang kita tahu, wanita ini tidak cepat melatah atau membalas sebarang komen daripada pengikutnya sesuka hati. Malah apa yang dia buat, dia memuat naik lagi foto-foto daripada penggambaran ini untuk tatapan umum. Kata-kata netizen masih terus memenuhi ruang komen Kim. Ada yang suka, dan ada juga yang masih berhati busuk. Dan mungkin disebabkan itu, penata gaya rambut Kim, Chris Appleton, yang bertanggungjawab merias rambut ‘kulit ular’ Kim tidak senang duduk.
Lalu Appleton membuat keputusan untuk memuat naik video di sebalik pembikinan rambut Kardashian West itu dengan kapsyen berbunyi,
Kamu semua tertanya-tanya bagaimana saya melakukan rambut gaya animal print. Lingsir ke tepi dan lihat bagaimana saya cipta look ini 👨🏼🎨 .
Di dalam video itu, kita dapat lihat rambut wanita itu dibahagikan kepada beberapa bahagian, dan kemudian dia meletakkan sebahagian rambut di atas papan keras. Setelah itu, dia mengambil acuan bercorak fishnet ke atas rambut tadi, kemudian menggunakan penyembur rambut berwarna coklat gelap lalu disemburkan atas rambut menembusi acuan tadi.
Jadi bagaimana? Apa pendapat kamu? Jika kamu tanya saya, sudah tentu saya love dengan gaya rambut ini!
Apa pandangan anda?