Posted on July 22, 2020
Kata mereka, “Kakak Kawasan” Twitter kini telah bergelar “Guru Kecantikan” di Instagram. Siapa lagi jika bukan Chrissy Teigen, model juga isteri kepada John Legend yang senantiasa menghiburkan kita dengan lawak jenakanya. Awal bulan yang lalu, wanita ini telah berkongsi rutin kecantikannya secara terperinci di Instagramnya. Teigen akhirnya berkongsi rahsia keserian kulit wajahnya yang selama ini saya sendiri pernah rasa terdetik ingin sekali tahu bagaimana hendak mendapatkan kulit wajah glow seperti wanita ini. Dia seolah mendengar permintaan saya dan peminatnya, maka terhasillah post yang dimuatnaik wanita ini. Jadi, apa tunggu lagi, mari kami kongsikan rahsia kecantikan Chrissy Teigen yang telah lama kita nanti-nantikan ini!
Setelah diteliti, keseluruhan produk yang digunakan Teigen ini mencecah lebih RM6,000. Tidak hairanlah Teigen berani tampil dengan wajah polos di setiap gambarnya. Namun, bagaimanapun, kata Teigen, dia tidaklah seorang yang hanya suka menggunakan produk mewah, dia juga menggunakan produk drugstore dalam rutin kecantikannya juga.
Ini buat kamu yang meminta saya untuk berkongsi rutin penjagaan kulit wajah saya. Saya juga akui bahawa saya sangat bangga dengan kulit wajah saya kebelakangan ini, and feeling myself!
https://www.instagram.com/p/CCU4tHnp3Ai/?utm_source=ig_embed
Dua produk yang kerap digunakan Teigen ialah pencuci dan losen wajah daripada jenama iS Clinical. Kemudian, wajahnya harus dilindung dengan pelindung sinar. Pilihan Teigen ialah daripada jenama Control Corrective Oil-Free Sunscreen SPF 30.
Dia turut mengaku menggunakan produk mewah La Mer’s Creme De La Mer dan La Mer De Concentrate (kami suka selebriti jujur seperti Teigen!). Tambah Teigen lagi, untuk merawat masalah bintik hitam (blackhead), dia menggunakan produk Biore Nose + Face Deep Cleansing Pore Strips.
Tambah Teigen lagi, apabila dia berasa wajahnya seperti meragam, dia akan menggunakan produk daripada Dr. Simon Ourian. Teigen sempat menambah di bahagian hujung kapsyennya di mana produk Dr. Dennis Gross Alpha Beta Peel Pads ialah antara satu lagi rutin penting dalam penjagaan kulit wajahnya terutama sekali untuk bahagian hidung dan dagu.
Itulah segala produk yang digunakan Teigen dan dia turut menjanjikan perubahan besar pada wajah jika pengikutnya menggunakan produk yang sama seperti dia.
Jadi, bagaimana? Chrissy Teigen sudah membocorkan segala produk kecantikan yang digunakannya. Mungkin selepas ini kita semua boleh borong produk yang sama!
Apa pandangan anda?