Posted on March 18, 2020
Semua sedia maklum bahawa negara kita kini sedang berada dalam tempoh kawalan pergerakan. Langkah ini diambil kerana kadar jangkitan virus COVID-19 semakin bertambah malah dua kematian pertama telah pun dicatatkan semalam. Rakyat semakin takut. Frasa “duduk rumah”, “cuci tangan dengan kerap”, “social distancing” dan banyak lagi antara frasa yang disebut-sebut sepanjang minggu lalu. Malah Kementerian Kesihatan Malaysia turut memfokuskan pada rutin mencuci tangan sekerap yang boleh bagi mengelakkan daripada terkena jangkitan virus ini. Namun, tahukah kamu cuci tangan secara berlebihan boleh menyebabkan kulit kering langsung ekzema?
Pakar menasihati agar rakyat mencuci kedua-dua tangan menggunakan sabun sekurang-kurangnya selama 20 saat untuk setiap basuhan tersebut. Menurut Joshua Zeichner, Pengarah Kosmetik dan Kajian Klinikal Hospital Mount Sinai New York memberitahu Allure,
Semakin ramai pesakit yang berkunjung ke hospital baru-baru ini kerana mengalami masalah gatal-gatal dan ruam pada tangan akibat daripada mencuci tangan secara berlebihan.
Kamu juga harus ingat, ekzema ini bukan sahaja terjadi kepada orang dewasa malah ia mudah terkena pada kanak-kanak kecil. Pastikan kamu senantiasa mengawasi anak-anak kamu juga di dalam hal ini.
Ini kerana bukan sahaja mereka mencuci tangan secara berlebihan, punca lain juga adalah kerana menggunakan sabun yang tidak bersesuaian serta mencuci di bawah aliran air panas. Oleh itu, ramai yang dikhuatiri telah terkena jangkitan ekzema dan ruam dermatitis. Buat kamu yang memiliki kulit jenis kering, elakkan daripada mencuci secara berlebihan. Pastikan kulit sentiasa lembap.
Bukan bermakna, kamu harus mengurangkan kadar cucian tangan harian kamu. Tidak. Apa yang kami maksudkan ialah, jangan cuci secara berlebihan. Malah doktor di hospital juga mencuci tangan mereka sekurang-kurangnya 70 kali sehari setiap kali selepas bertemu pesakit!
Di bawah ini, kami senaraikan tiga losen tangan yang boleh kamu gunakan untuk elakkan daripada tangan kamu menjadi terlalu kering dalam situasi yang kita hadapi sekarang ini.
Apa pandangan anda?