Posted on December 22, 2024
Malaya Perfumery, jenama minyak wangi yang terkenal dengan komitmennya terhadap bahan-bahan vegan, memperkenalkan koleksi terbaru mereka, Tea Series. Diinspirasikan oleh pelbagai haruman teh, siri wangian ini bukan sahaja memukau deria bau, tetapi juga membawa ketenangan dengan aroma segar. Setiap semburan wangian teh Malaya Perfumery bakal membawa kamu ke dalam dunia sensasi yang menyegarkan, seolah-olah menikmati secawan teh panas yang sempurna.
Lima wangian Teh Series
1.Apricot Ceylon Tea
Wangian ini menyatukan kehangatan dan kesegaran dengan sempurna. Nota sitrus daripada limau, citron, dan oren mandarin membuka haruman dengan tenaga yang dinamik. Sementara itu, kehangatan gula hitam yang manis dan berkaramel membawa kelembutan, mencipta keseimbangan yang menggoda. Ambrette yang halus menambah sedikit sentuhan musky, menjadikan wangian ini pilihan ideal untuk mereka yang sukakan aroma segar dengan sedikit kemanisan.
2.Mulberry Tea
Mengundang kamu ke dalam dunia buah-buahan yang segar dan floral. Dengan semburan pertama yang dipenuhi dengan aroma raspberi ranum, ia membawa keindahan musim panas yang menyegarkan. Tambahan nota lily of the valley dan magnolia memberikan kelembutan bunga yang memikat, sementara asas musk dan patchouli menambah kedalaman kepada keseluruhan haruman. Wangian ini sangat sesuai bagi mereka yang mendambakan rasa manis buah-buahan yang tidak terlalu menyerlah, tetapi cukup untuk meninggalkan kesan yang mempersona sepanjang hari.
3.Mint Tea
Pilihan tepat untuk pencinta aroma yang segar. Setiap semburan Minyak wangi ini mengungkapkan aroma pudina yang dingin lagi menyegarkan. Kejernihan aroma sitrus oren mandarin menambahkan sentuhan manis pada campuran ini. Sementara gabungan melati, teh hijau dan teh hitam mencipta harmoni yang mendamaikan. Ketika haruman berkembang, nota vetiver berkayu muncul lalu menyerlahkan aroma herba segar.
4.Black Sugar Lemon Tea
Menawarkan satu gabungan rasa yang bertenaga – memadukan aprikot ranum manis dengan kekayaan teh Hitam Cina yang halus menjadikan ia sebuah haruman yang memikat. Nota atasnya dibuka dengan kesegaran oren Sicily, diikuti oleh sentuhan halus kayu Guaiac Wood. Keseimbangan antara kemanisan buah-buahan dan kepekatan teh yang berkarakter menghasilkan pengalaman yang mempersona dan menenangkan, sempurna untuk waktu-waktu bersantai.
5.Osmanthus Tea
Aroma teh Osmanthus dimulakan dengan semburan bergamot sitrus yang cerah, memberikan kesegaran serta-merta. Nota sitrus ini dipadukan dengan keharuman bunga tuberose yang lembut dan berkrim. Semakin lama di kulit, haruman ini akan berkembang lalu menyerlahkan bau bunga osmanthus yang manis dan halus. Gabungan sitrus, bunga, dan manis ini menciptakan profil bau yang harmoni.
Temu bual bersama pengasas Malaya Perfumery
Kami berpeluang untuk duduk semeja dengan pengasas jenama Malaya Perfumery, Zayyed Musa bertanyakan lebih mendalah mengenai Tea Series, penggunaan produk mentah vegan dan juga hala tuju jenama tersebut untuk beberapa tahun akan datang.
Apa yang mendorong pemilihan bahan vegan dalam pembuatan minyak wangi di Malaya Perfumery?
Sebab utama kami adalah untuk memastikan semua orang boleh gunakan wangian kami. Sebab ada sesetengah orang mereka alah kepada bahan tertentu dalan wangian, sampai kulit jadi gatal, merah dan sebagainya. Jadi, kami nak pastikan semua orang boleh gunakan wangian kami dengan selesa. Kesemua wangian Malaya Perfumery juga bersifat ‘less pungent and very delicate’, sangat lembut di kulit dan pada aromanya.
Dalam industri minyak wangi yang berkembang, bagaimana Malaya Perfumery memastikan setiap wangian adalah unik dengan ciri tersendiri dan mampu bersaing?
Nota, contohnya Osmanthus dalam haruman Tea Series yang kita lancarkan hari ini – dalam haruman ini ia bukan sahaja bernotakan Osmanthus tetapi juga ada nota goji berry menjadikan aromanya sedikit manis. Selain itu, salah satu lagi nota yang unik kami ketengahkan adalah melalui haruman harum sundal malam kami. Ini merupakan kegemaran ramai dan best seller kami – versi harum sundal malam kami berbeza dengan haruman seumpamanya di pasaran, versi kami lebih manis dan creamy umpama aroma bunganya ketika sedang kembang mekar.
Tentang Tea Series
Minyak wangi teh semakin popular, tapi masih unik di pasaran tempatan. Apa yang membuatkan teh menjadi pilihan utama untuk koleksi terbaru Malaya Perfumery?
Pertamanya kerana teh adalah unik dan kami rasa teh seperti sudah menjadi satu ‘trend’ dikalangan remaja sekarang. Contohnya, matcha – ia sudah menjadi minuman ruji untuk orang muda sekarang. Kami juga merancang untuk memperkenalkan haruman matcha menerusi koleksi ini tidak lama lagi.
Setiap jenis teh mempunyai aroma yang berbeza. Bagaimana Malaya Perfumery memilih teh yang sesuai untuk setiap wangian? Adakah ia berdasarkan pemilihan peribadi atau eksperimen?
Comforting – kelima-lima aroma teh yang kami pilih punya aroma yang menenangkan, sesuai untuk kegunaan harian.
Setiap wangian Tea Series mempunyai gabungan aroma yang unik, yang mana menjadi kegemaran kamu sebagai pengasas?
Osmanthus, kerana ia menggabungkan aroma goji berry dan juga sedikit sentuhan black sugar. Pada saya baunya sangat comforting dan elegant.
Teh sering dikaitkan dengan ketenangan. Adakah ini bermakna Tea Series diperkenalkan untuk menonjolkan emosi atau pengalaman tertentu?
Saya sendiri memang pengemar teh sebenarnya, saya suka untuk mencuba banyak perisa teh yang ada di pasaran. Kadang-kadang kita nak minum sesuatu yang punya sedikit rasa namun tidak keterlaluan, jadi teh lah yang selalu menjadi pilihan saya.
Bagi yang baru pertama kali mencuba minyak wangi teh, apa jenis teh atau wangian yang anda cadangkan?
Osmanthus tea – kerana pada saya ia mempunyai aroma wangian yang unik. Untuk kegunaan harian pula, saya cadangakan untuk cuba Black Sugar Lemon Tea ataupun Mint Tea.
Bagaimana anda pastikan setiap wangian dalam koleksi teh ini segar dan tahan lama tanpa bahan kimia berbahaya?
Ada ujian yang dilakukan untuk memastikan wangian kami bebas kimia. Selain itu, kami mengambil berat akan bahan yang kami gunakan – kebanyakkan bahan tersebut kami bawa terus daripada Grasse, Perancis bandar yang sememangnya terkenal dengan penghasilan minyak wangi.
Sebab itu, haruman kami tidak berbau sintetik kerana kami mahukan hanya bahan terbaik digunakan untuk minyak wangi kami. Contohnya untuk Black Sugar Lemon Tea ia mengandungi sekitar 70%-80% minyak daripada lemon sendiri untuk mengekalkan kualiti terbaik, walaupun dipakai buat jangka masa yang lama aromanya tidak bertukar menjadi kurang enak.
Apakah harapan dan visi anda untuk Perfume Malaya dalam beberapa tahun akan datang?
Impian kami adalah untuk melebarkan sayap ke timur tengah, bahkan saya sendiri sudah ke Dubai pada Oktober lalu untuk mencari ruang dan peluang di sana. Kami juga mahu terus menggunakan bahan mentah dari sumber asli untuk penghasilan minyak wangi kami, sepeti saya katakan tadi lemon kami gunakan minyak lemon sendiri. Jadi, aroma daripada setiap wangian lebih segar dan enak untuk dihidu.
Di Mana Boleh Dapatkan Tea Series?
Koleksi Wangian Teh Malaya Perfumery kini tersedia untuk pembelian:
Atas talian melalui Shopee
Stor fizikal di Bangi Sentral
Pop-up store di lokasi seperti Publika, KL East Mall, Avenue K, DPulze Cyberjaya, Starhill Gallery KL, dan Lot 10 KL
Dengan koleksi Tea Series, Malaya Perfumery terus mengukuhkan kedudukannya sebagai perintis minyak wangi vegan di Malaysia. Setiap semburan memberikan pengalaman aromatik yang menenangkan, menjadikannya pilihan sempurna untuk kamu yang mencari wangian segar, tahan lama, dan mesra alam.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai koleksi minyak wangi yang ditawarkan Malaya Perfumery silakan klik di SINI.
Apa pandangan anda?