Posted on February 24, 2021
Dermatologis TikTok? Ha, sekarang dah tak perlu lagi membayar mahal-mahal untuk bertemu dermatologis. Melalui aplikasi TikTok, kamu boleh belajar dan mendapat nasihat tentang kulit secara percuma daripada lima dermatologis TikTok ini. Cepat follow sebelum mereka berubah fikiran dan mengecaj semua nasihat dan reviu yang mereka buat!!!!
Dr. Muneeb Shah (@dermdoctor)
Melihatkan jumlah pengikut Dr Shah di TikTok yang mencecah tiga juta, pastinya kamu pernah terlihat video reaksi dan cadangan produknya keluar di page “For You” kamu sekali dua. Dermatologis ini menggunakan TikTok untuk bercakap tentang semua isu penjagaan kulit dari dos and don’ts rawatan di rumah sehingga kepada isu rambut gugur dan mengapa pencuci muka yang kamu beli di farmasi tidak membantu menghilangkan jerawat kamu.
@dermdoctor My Empty Cleansers #dermatologist #firstaidbeauty #cerave #skincare #dermdoctor
Dr. Joyce Park (@teawithmd)
Misteri penggunaan Rogaine, syampu terbaik melawan kelemumur dan lima tip mendapat kulit berseri antara yang diterangkan dalam page dermatologis terlatih dari Stanford dan NYU ini. Rutin pagi mudah Dr Park (kurang daripada lima langkah) dan video reaksi hingga kepada video yang menunjukkan produk akuan palsu menjadi sumber terbaik untuk kamu membina rutin penjagaan kulit peribadi yang sempurna.
@teawithmd Tinted #sunscreens with iron oxide help block UV rays, double as foundation, and can help prevent hyperpigmentation from blue light! #dermbypark #skin
Dr. Suchismita Paul (@derm4brownskin)
Kalau poket kamu sudah berlubang kesan membeli pelbagai barangan penjagaan kulit, dermatologis lulusan Harvard Dr Paul ialah insan terbaik kamu patut follow untuk membantu menjaga kulit kamu dalam masa sama masih dalam bajet. Kalau kamu tidak pasti tentang pelindung suria sesuai untuk kulit sawo matang atau tidak faham tentang konsep campuran retinoid, tengoklah halaman dermatologis TikTok, Dr Paul. Nescaya pengetahuan kamu tentang penjagaan kulit akan lebih mendalam.
@drpaulderm skincare in your 20s. To help you understand the basics! #dailyroutine #beautyhacks #skincareroutine #skincare #morningroutine #derm4brownskin #acne
Dr. Lindsey Zubritsky (@dermguru)
Nak tahu bagaimana nak buat kulit jadi lebih anjal dengan pantas? Atau sama ada masker lumpur berkabonat viral patut dibeli? Dr Zubritsky memberitahu cadangan produk farmasinya. Dia juga mengajar tentang rejimen penjagaan kulit di waktu malam. Selain itu dia juga memberitahu tentang produk-produk yang takkan dia sendiri gunakan. Lihat semua reviu-reviu ini di halaman dermatologis TikTok ini.
@dermguru Tips to #perfectskin #niacinamide #aha #bha #retinol #sunscreen #dermatologist #skincare #beautyjunkies #fyp #selfcare
Dr. Camille Howard-Verovic (@dermbeautydoc)
Dermatologis diiktiraf dan pengasas GIRL + HAIR, dr Howard kekal real di laman TikTok nya. Dia memberi pandangan dan nasihat melalui pengalaman peribadinya tentang retinoid dan filler bibir, reviu produk-produk trendydi pasaran dan rahsia kecantikan DIY. Pernahkah kamu tengok kulitnya? Tengoklah sekarang! Pasti kamu terus nak follow.
@dermbeautydoc ANECDOTAL! #SkinCare101 #dermatologist #skincare #acnetreatment #acnescars #acnetreatment #hyperpigmentation #oldfilter
Apa pandangan anda?