Posted on April 22, 2020
Perintah kawalan pergerakan atau PKP ini sudah masuk hari yang ke-36, sudah pasti ada antara kamu yang sudah mulai bosan dan seperti hendak pecah kepala kerana terlalu lama duduk di rumah. Jika tanya saya, saya masih seperti biasa. Saya perlu ambil ini sebagai pengajaran yang positif dan ternyata banyak yang saya boleh lakukan sewaktu di rumah ini. Antaranya, mempraktikkan self-care. Inilah masanya saya hendak KonMari bilik terutama sekali meja cantik saya. Memandangkan masa banyak dihabiskan di rumah, saya langsung tidak terdedah dengan pencemaran di luar seperti dahulu. Ini membuatkan saya lebih hendak menjaga kulit wajah saya. Inilah masanya untuk saya mengoptimumkan rutin penjagaan wajah saya. Mari saya kongsikan #diaricantik dan produk kecantikan yang saya pakai sepanjang PKP ini.
Apabila bangun pagi, perkara pertama sekali saya akan lakukan sudah tentu, cuci muka kemudian terus bertepek depan komputer riba menghabiskan saki-baki kerja yang belum tersiap. Segelas air putih akan saya teguk waktu ini, salah satu rutin penting tidak saya lupakan. Selesai sejam menghadap skrin, saya akan terus ke kamar mandi, mencuci seluruh tubuh dan rambut, serta lakukan segala asas dalam membersih wajah.
Mandian tidak lengkap jika saya tidak menggunakan skrub badan. Paling menjadi kegemaran saya ialah, Aesop Geranium Leaf Body Scrub. Lebih-lebih lagi jika saya seharian mengemas rumah, memasak atau melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Tubuh terasa bersih dan nyaman. Kulit menjadi lembut dan terhidrat. Dengan adunan batang buluh, pumice dan daun geranium ini membantu menyah kulit penat dan kulit mati dan ditambah pula dengan aroma sitrus melengkapkan lagi mandian sempurna saya.
Essentials saya: LUSH Rose Jam Body Spray, Aesop Deodorant Roll-On, Aesop Geranium Leaf Body Scrub, Aesop Rind Concentrate Body Balm
Ini antara rutin wajib saya, mencuci wajah menggunakan Nu Skin ageloc LumiSpa. Tidak lengkap tanpa alat peranti ini. Dan alat peranti inilah membantu saya mencuci wajah dengan lebih sempurna. Tidak terkurang ataupun ter- over cleanse. Ingat, kalau cuci muka terlalu cepat, kulit tidak akan bersih sepenuhnya. Tapi pula, kalau terlebih cuci, kulit akan kering serta-merta. Jadi, saya memang perlukan peranti ini dalam hidup saya.
Rutin wajib saya: Nu Skin ageloc LumiSpa, Drunk Elephant F-Balm™ Electrolyte Waterfacial Hydrating Mask
Kemudian usai mandi, saya tidak terus lap muka dengan tuala. Saya lebih selesa mengelap muka menggunakan tisu. Tisu pilihan saya sudah tentu tisu Vinda Deluxe. Tisu tiga lapis yang cukup tebal, kuat namun lembut ini membuatkan saya jatuh hati dengan tisu daripada jenama ini. Sudah lebih setahun saya mengamalkan rutin ini, ternyata kulit wajah saya menjadi lebih baik dan sangat jarang meragam. Saya teruskan dengan rutin menyapu toner. Toner pilihan saya ialah Tea Tree Toner daripada essenHERB. Walaupun kulit saya tidaklah sensitif, namun saya selesa menyarung toner ini kerana ia membantu saya mengelakkan kulit wajah daripada tumbuh jerawat atau kemerahan. Toner ini juga membantu mengawal minyak serta sebum berlebihan pada kulit wajah saya.
Mesti ada di meja cantik saya: EssenHERB Tea Tree Toner, Biossance Squalane + Vitamin C Rose Oil, Dr.Jart+ Cicapair Tiger Grass Color Correcting Treatment, Laneige Time Freeze Face-Fit Roller, Peter Thomas Roth Cucumber Gel Mask Extreme De-Tox™ Hydrator
Antara rutin yang saya tidak boleh tinggalkan pada sebelah pagi ialah rutin menyarung minyak muka Biossance Squalane + Vitamin C Rose Oil. Minyak yang cukup ringan dan selesa disarung pada wajah ini mengandungi Vitamin C, minyak bunga mawar yang terbukti mampu merawat garis halus pada wajah. Selain itu, minyak mewah ini juga berfungsi mencerahkan serta menyekatakan tona dan tekstur kulit wajah saya.
Kalau ada hari yang memerlukan saya menyarung mekap (untuk kerja), saya akan sarungkan Dr.Jart+ Cicapair Tiger Grass Color Correcting Treatment. Ia membantu menyekatakan tona kulit wajah saya seperti menghilangkan kemerahan pada wajah sebelum menyarung mekap. Barulah mekap nampak sekata dan lebih cantik.
Pada sebelah malam pula, saya pasti akan menggunakan pupur tidur. Tidak kiralah pupur jenis kertas, krim atau gel. Pilihan saya buat masa ini ialah Drunk Elephant F-Balm™ Electrolyte Waterfacial Hydrating Mask. Saat pertama kali saya menyarungnya, saya sudah tahu ialah adalah pupur terbaik pernah saya cuba. Set ini datang dengan serum bersaiz mini T.L.C Framboos Glycolic Night Serum. Apa yang saya buat, sebelum tidur, saya sapukan serum malam ini kemudian layangkan pupur. Adunan bahan seperti niacinamide, sodium PCA, squalane tumbuhan, asid lemak omega, antioksida dan ceramide yang terkandung di dalam pupur ini membuatkan wajah lebih terhidrat. Dan sebelum tidur saya sarungkan juga minyak bibir pilihan saya daripada Marc Jacobs Beauty Re(cover) Hydrating Coconut Lip Oil. Keesokan paginya, wajah saya tampak cukup segar sekali ibarat seperti saya cukup tidur! Tak tipu!
Ini must have saya: Caudalie Beauty Elixir, Sulwhasoo Bloomstay Vitalizing Serum, Sulwhasoo Bloomstay Vitalizing Cream, Clinique Moisture Surge Eye™ 96-Hour Hydro-Filler Concentrate, Marc Jacobs Beauty Lip Coconut Oil
Saya juga seorang yang gemarkan face mist. Tidak boleh hidup tanpa penyembur muka ini. Pilihan saya buat masa ini ialah Beauty Elixir daripada Caudalie. Ia membantu memberi hidrasi pada kulit wajah saya di samping memberi kesegaran sepanjang hari. Tip saya, jika kamu hendak menyarung mekap, boleh juga layangkan ini pada wajah sebelum mula bersolek.
Sebelum tidur inilah rutin saya, sarung getah rambut sutera yang selesa dan tidak merosakkan rambut saya sepanjang malam daripada Slip Large Scrunchies. Akan tetapi sebelum itu, selesai mandi petang, saya akan pastikan rambut separa lembap saya disapu dengan minyak rambut daripada Joon Haircare iaitu Saffron Hair Elixir Pistachio + Rose Hair Oil. Akhir sekali, tidak lengkap tanpa semburan bilik daripada Aesop Istros Aromatique Room Spray dengan bauan Pink Pepper, Lavendar dan Tobacco ini.
Ini adalah antara koleksi haruman saya. Yang menjadi pilihan saya saat ini ialah Chanel Paris-Venise. Aroma lemak dan lembut kombinasi nota neroli, vanila dan tonka ini adalah antara nota olfaktori kegemaran saya. Saya boleh sarungkannya tidak kira masa, baik keluar bertemu teman ataupun ketika duduk di rumah seperti sekarang ini!
Apa pandangan anda?