Posted on January 27, 2021
Baru-baru ini Avon telah melancarkan kempen baharu mereka yang diberi nama ‘Watch Me Now’. Kempen yang bertujuan untuk mengajak orang ramai melihat kembali Avon yang sudah lama bertapak di dalam industri kecantikan. Dan bukan itu sahaja, melihat kembali setelah lebih sedekad, Avon terbabit dalam pelbagai usaha untuk membantu wanita-wanita di luar sana menjadi lebih berkeyakinan dan bold. Bersempena dengan kempen istimewa ini, Avon bekerjasama bersama model dan pelakon, Rubini Sambanthan, sebagai salah satu wajah wanita berinspirasi yang diketengahkan oleh jenama ini.
Gambar: Instagram Rubini
1- Apakah perkara paling berinspirasi pernah kamu lakukan sebelum ini?
Memberi makan kepada haiwan jalanan secara berterusan selama tiga tahun. Saya beritahu kepada diri saya, setiap minggu saya akan memberi makan kepada mereka sekurang-kurangnya 4 kali seminggu walaupun sibuk. Saya akan cuba untuk berjumpa haiwan-haiwan ini setiap hari. Dan baru-baru ini, saya telah berpindah rumah. Saya juga telah membawa pulang bersama saya salah satu anjing jalanan di situ. Dia kini bersama saya, kami berdua tinggal di studio kami. Namanya Plastic, dia juga adalah cancer survivor.
2- Bagaimana masa lalu kamu memberi peranan dalam diri kamu sekarang?
waktu kecil, saya melihat banyak pertelingkahan di antara kedua ibu bapa saya tentang masalah kewangan dan betapa pentingnya untuk kita semua ambil tahu tentang status kewangan kita. Sekarang ini, saya amat mementingkan simpanan dan cukup berhati-hati dalam membelanjakan wang. Dan kepayahan masa lalu itu yang menjadi butang untuk saya menjadi lebih bertanggungjawab dalam membuat keputusan hari ini.
3- Apakah perubahan paling besar yang pernah kamu lakukan dalam hidup untuk mengubah diri kamu?
Keluar daripada kotak. Sewaktu kecil, saya sering meletakkan satu penghalang di depan saya untuk melangkah ke depan. Saya rasa saya tidak akan berpeluang berada di dalam industri ini kerana saya tidak cukup kaya dan orang tidak akan pandang saya secara serius. Coming out and getting rejections, broke my confidence. Mungkin ketika itu, saya mahu mengubah persepsi di mana wanita dari kelas tengah yang sama latar belang seperti saya juga seorang yang tidak berkeyakinan, jadi saya cuba untuk bangkit, dan berhadapan dengan lebih banyak penolakan. Semenjak itu, saya tidak pernah berhenti.
4- Apa yang menggembirakan kamu?
Dapat bawa keluarga saya bercuti dan melihat gadis dan lelaki di luar sana ‘keluar’ , melawan suara-suara negatif dalam diri mereka dan terus mengejar cita-cita mereka.
5- Apakah pula risiko besar yang pernah kamu ambil?
Memenangi Miss International Malaysia 2014. Saya datang daripada penyertaan wild card. Saya juga memiliki pengalaman yang sangat buruk sewaktu bertanding. Jadi, saya hampir menolak tawaran itu tetapi saya pilih untuk terus mencuba dan memberikan yang terbaik. Dan saya menang!
6- Akhir sekali, apakah perkara yang paling mengejutkan tentang diri kamu?
Saya tidak memikirkan satu-satu keadaan itu untuk masa yang lama. Sekiranya saya telah memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam sesuatu, saya tidak akan mempertimbangkannya semula. Ini kerana saya tahu akan kekuatan dan kelemahan saya dan dengan cara ini, ia membawa kepada keputusan yang lebih baik. Saya mengambil masa bertahun-tahun untuk sampai ke tahap ini, kenali naik turun dan ketahuilah nilai diri kamu.
Apa pandangan anda?