Posted on December 16, 2020
Baru-baru ini kami telah mengadakan sesi IG Live bersama dua hairstylist yang cukup popular dalam industri kecantikan tempatan, Cody Chua dan Juno Ko, bercakap tentang tip penjagaan rambut serta tentang jenama kecantikan terbaru mereka yang diberi nama FA FAA. Mendapat sambutan dan sokongan hangat di kalangan pencinta kecantikan, kami juga mengambil kesempatan untuk mendengar sendiri kisah di sebalik jenama ini.
Cody Chua
Kata Cody, konsep gabungan seni, fesyen dan kecantikan menjadi konsep utama jenama FA FAA. Seperti Tamburins daripada Korea, mereka di FA FAA, juga mahu bukan sahaja menampilkan sisi kecantikan, tetapi mereka mahu menggabungkan elemen seni dan fesyen serta gaya hidup ke dalam jenama mereka.
Juno Ko
Mengapa nama FA FAA?
Nama FA FAA terinsipirasi daripada karakter bahasa Mandarin iaitu ‘tóu fa’ yang bermaksud rambut dan kami juga mahukan nama yang mudah diingat. Dalam pada masa yang sama, bunyinya agak cute, kan?
Ada banyak makna tersembunyi di sebalik nama ini. Dan kami mahu orang yang menginterpretasinya sendiri dengan se-kreatif yang boleh di sebalik nama kami ini. Codu Chua & Juno Ko
FA FAA dilancarkan minggu lalu. Dua produk yang menjadi taruhan mereka di permulaan ini ialah syampu (target kulit kepala) yang diberi nama GAIN berserta produk rawatan rambut yang diberi nama TREAT. Diformulasikan dengan intipati premium seperti bergamot, ylang ylang, peppermint dan lavendar, kami pasti pengalaman kamu menggunakan produk ini akan menjadi sesuatu yang luar biasa.
Tonton kembali IG Live kami untuk ketahui pelbagai lagi tip rambut serta kisah menarik tentang mereka yang dikongsi bersama kami semalam. Bukan itu sahaja, kamu juga berpeluang untuk memenangi set produk mereka ini jika kamu menjawab soalan kami menerusi ruang komen di Instagram ini. Kami akan pilih 3 pemenang bertuah!
Buat kamu yang ingin membeli, mereka turut ada promosi pra-tempah bagi BE DUO Gift Set daripada jenama ini dan harga promosi ini akan berakhir pada keesokan hari! Jangan lupa untuk lawati laman rasmi mereka cepat!
Apa pandangan anda?