Posted on December 24, 2020
Pelbagai berita cantik sepanjang Disember yang ingin kami kongsikan dengan kamu semua. Kami yakin berita cantik ini bakal menjadi berita yang menggembirakan untuk kamu malah berita ini dapat menutup tirai 2020 kita dengan satu senyuman manis. Siapa teruja dengan pelancaran Fenty Skin di Malaysia? Siapa pula peminat jenama Wardah? Dan, Jurlique telahpun merasmikan stor terbaru mereka! Siapa tidak sabar untuk pergi berkunjung? Sudah tentu, kita semua!
Fenty Skin Bakal Lancar di Malaysia 26 Disember Ini!
Bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia! Jenama penjagaan kulit wajah milik Rihanna ingin akan dilancarkan serentak di Sephora dan Sephora.com seluruh dunia pada 26 Disember 2020 ini. Jenama kecantikan yang sebelum ini kita hanya dapat dengar reviunya daripada mereka yang berada nun jauh dari kita di Amerika Syarikat, kini semua beauty junkie di Malaysia dapat merasakan juga. Fenty Skin melambangkan budaya baharu di dalam dunia penjagaan kulit wajah hari ini di mana mereka mengamalkan produk dan bahan bersih, tidak merumitkan serta efektif untuk semua jenis kulit.
Fenty Skin Instant Reset Overnight Recovery Gel-Cream
Kami sudah cuba Total Cleans’r Remove-It-All Cleanser, Fat Water Pore-Refining Toner Serum, Hydra Vizor Invisible Moisturizer Spectrum SPF30 Sunscreen dan Instant Reset Overnight Recovery Gel-Cream.
Pilihan kami ialah pencuci mukanya kerana percaya atau tidak, setiap solekan yang terkumpul di wajah saya dapat dicuci bersih dengan menggunakan produk ini. Saya tidak perlukan makeup remover ataupun micellar water. Cukup sekadar menggunakan Total Cleans’r Remove-It-All ini!
Crystallure by Wardah Tampil dengan Set Lengkap Penjagaan Wajah Optimum
Dicipta untuk kamu yang mahu merawat kulit menua atau juga ingin mula menggunakan rangkaian antipenuaan untuk wajah kamu, ini adalah produk premium Halal sesuai untuk setiap wanita di luar sana. Bukan sekadar merawat tanda-tanda kulit menua, rangkaian ini juga bakal mengembalikan seri sinar wajah, mencerah serta memperkuatkan lagi dinding kulit wajah kamu daripada pencemaran-pencemaran luar.
Diformulasikan dengan Gold Peptide Crystals dan YouthGlow Active, dua bahan utama inilah yang bakal memberikan ‘Crystallure Effect’ pada wajah kamu. Di samping bekerja kuat dalam mengembalikan sinar, dua bahan ini yang akan merawat garis-garis halus di wajah kamu serta mengembalikan keremajaan kulit serta-merta.
Tujuh produk terbaru di dalam rangkaian Crystallure by Wardah ini terdiri daripada Crystallure Supreme Double Micellar Gel RM44.60, Crystallure Supreme Activating Booster Essence RM82.40, Crystallure Supreme Revitalizing Oil Serum RM82.40, Crystallure Supreme Advanced Eye Serum RM53.30, Crystallure Supreme Revitalizing Rich Cream RM72.10, Crystallure Supreme Advanced Hydra Gel RM72.10 dan Crystallure Supreme Activating Overnight Cream RM82.40.
Dapatkan produk terbaru ini di mana-mana stor Guardian dan Watsons terdekat atau boleh juga lawati stor rasmi di Shopee Malaysia.
Jurlique Lancar Stor Terbaharu di Pusat Beli-Belah IPC
Siapa mahu mencari produk natural untuk penjagaan wajah kamu, kami sarankan kamu mencuba Jurlique, bersempena dengan pelancaran stor terbaharu mereka, Jurlique turut memperkenalkan set hujung tahun serta Christmas yang menarik untuk kamu semua!
“Jurlique Brings Christmas To You, From Australia…”
Terus dari ladang Jurlique di Australia, kamu dapat saksikan pelbagai produk mereka yang dicipta menggunakan intipati seperti bunga ros, Daisy, Viola Tricolor, Elderflower, Lavendar, Chamomile, Calendula dan Yarrow semuanya khas disemai di ladang mereka serta penuh berkualiti.
Kunjungi stor mereka kerana masih sempat untuk kamu membeli koleksi hadiah hujung tahun mereka untuk yang tersayang. Kami pasti kamu rambang mata.
Antara set hadiah pilihan kami ialah, Hand Care Quartet RM385 dan Herbal Recovery Set RM690. Happy shopping!
Apa pandangan anda?