Posted on March 2, 2021
Golden Globes Best Beauty. Kami menyenaraikan lapan yang terbaik menurut pandangan kami. Dari solekan hingga kepada dandanan rambut, trend solekan minimal melatari kebanyakan wajah selebriti yang menghadiri secara fizikal atau digital.
Golden Globes Best Beauty: Anya Taylor-Joy
Taylor-Joy sempurna dalam dress Dior hijau zamrud custom dihiasi barang kemas Tiffany & Co. Tetapi kecantikan dan solekan serta rambutnya melayakkan dia berada dalam senarai Golden Globes best beauty kami. Rambut blonde panjangnya dibelah tepi dan menutup sebelah mata. Solekan matanya pula smoky light light bersama lipstik rose-mauve. Warna lipstiknya cantik kena dengan hijau zamrud bajunya. Sekarang kita semua mahu mewarnakan rambut blonde seperti Taylor-Joy.
View this post on Instagram
Andra Day
Bintang filem The United States Vs. Billie Holiday serba ringkas dengan bibir berwana fuchsia tetapi masih menawan. Rambut yang berhujung auburn disanggul tinggi menjadi messy bun. Jurusoleknya hanya bermain dengan warna bibir dan highlighter emas.
View this post on Instagram
Amanda Seyfried
Rambut menjadi dominasi look Amanda Seyfried. Pendandan rambutnya Renato Campora mahu mencipta gaya rambut klasik Hollywood 40-an. Selepas mengeringkan dan menggulung rambut Seyfried, dia menggunakan Full Blown Volume Texturing Spray untuk mencipta volum pada rambut. Solekannya pula dibiarkan neautral melengkapkan gaya rambut old-Hollywood glamour ini dengan gaun daripada Oscar De La Renta.
View this post on Instagram
Golden Globes Best Beauty: Cynthia Erivo
Setelah kamu puas menatap dress hijau neon Valentino ini, mungkin kamu akan perasan garis ungu pada atas dan bawah bulu mata Erivo. Bulu mata palsu menambah drama pada matanya. Sedangkan yang lain dibiarkan polos sahaja. Keningnya juga hampir bleached sepadan dengan warna rambut buzzcut Erivo. Cantik!!!
View this post on Instagram
Awkwafina
Menyambung tema solekan ringan Golden Globes Best Beauty, Awkwafina diberi winged-liner dan pembayang mata champagne berkilau dan coklat pada kelopak matanya. Pendandan rambut Marcus Francis membentuk ombak pada rambutnya.
Saya terinspirasi dengan vibe penghujung 60’s/ awal 70’s dress Gucci yang dipakainya dan mahu rambutnya sama dengan wanita era tersebut.
View this post on Instagram
Lily Collins
Ohhhh cantik sungguh warna mata Lily Collins. Ia menggunakan dua warna yang berlaga yakni ungu dan hijau kebiruan. Ungu pada bahagian atas kelopak dan hijau kebiruan di bahagian bawah. Muka manis Collins sememangnya boleh menerima warna-warna sebegini. Bulu mata palsu menambah drama dan bibirnya disapu warna merah darah cerah. Semua solekan menggunakan Lancome dan rambutnya ditata dengan loose curls bervolum.
View this post on Instagram
Emma Corrin
Solekan Emma Corrin diinspirasi daripada gambar lama (yang ada di post Instagramnya). Butiran permata pada bawah mata kanannya menambah keistimewaan solekan Corrin. Yang lain dibiar minimal dan neutral dan hanya bulu mata bawah dibiarkan dramatik.
View this post on Instagram
Golden Globes Best Beauty: Margot Robbie
Margot Robbie membawa solekan hampir bare pada seluruh wajah kecuali pada bibirnya yang disapu warna merah dengan sentuhan jiingga. Dan tentunya warna mata Robbie timbul serta merta kerana warna hanya diberikan pada bibir. Seperti kata jurusolek Fendi Sani, wanita berambut blonde pabila diberi warna merah pada bibir akan mencipta aura wanita berkuasa. Ada sesuatu pada padanan blonde, solekan neutral dan bibir merah yang sungguh sempurna.
Apa pandangan anda?