Posted on July 29, 2021
Hero pewangi terbaru Burberry adalah yang kedua untuk jenama ini tetapi yang pertama buat pengarah kreatif Riccardo Tisci. Ia juga memaparkan pelakon Adam Driver sebagai wajah kempen dipotretkan oleh Mario Sorrenti.
Pewangi ini adalah yang kedua setelah Coty membeli lesen Burberry pada 2017. Ia juga kesinambungan kepada pewangi wanita Burberry, Her yang banyak terjual.
Tisci bercerita tentang pengalamannya menghasilkan pewangi ini sebagai, “proses yang sangat peribadi dan intim dan saya sangat merasakan ini untuk penciptaan Hero.”
Dia juga menyebut bahawa dia mahukan pewangi ini, “menterjemahkan maskuliniti moden, bermain dengan esen utama manusia dan animal instincts. Saya sangat teruja bekerjasama dengan Adam Driver. Dia memiliki kehebatan dalam melambangkan ciri maskulin hari ini – bagaimana kekuatan boleh dipamerkan secara halus dan emosi boleh memperkasa.”
Driver juga muncul dalam filem pendek pewangi ini yang dirakam oleh Jonathan Glazer menunjukkan aktor ini menunggang kuda dan berhubung dengan alam. FKA Twigs pula menyumbang lagu runut, “Two Weeks”.
Hero Pewangi Terbaru Burberry
Hero mengandungi bergamot, juniper dan lada hitam bersama cedarwood sebagai nota tengah. Ia akan dipasarkan mulai 2 Ogos sekaligus bersama tiga produk grooming – balm selepas cukur, mandian rambut dan tubuh serta deodoran, semua membawa haruman yang sama dengan eau de toilette.
Ketua Pegawai Eksekutif Coty, Sue Nabi menggelar pewangi ini sebagai “Memiliki konsep yang indah, terdedah dan mendakap dimensi berbeza yang wujud dalam diri kita semua. Ia idea yang sangat sesuai buat masa ini dalam masa sama timeless.” Hero juga dijangka akan menjadi teras jualan portfolio prestij Coty dan mengembangkan perniagaan mereka dalam segmen mekap pretij di China. “Kami sangat menghargai kerjasama ini.”
Untuk pelancarannya di beberapa pasaran, Coty akan menggunakan peramnti ujian pewangi tanpa sentuh digital. Peranti ini menawarkan jurujual akses penggunaan data untuk mengoptimumkan perletakan produk dan pengalaman pengguna. Mereka juga menyasarkan pengurangan dalam sisa haruman dan meningkatkan jangka guna botol tester pewangi ini.
Apa pandangan anda?