Posted on September 17, 2020
Seperti yang kita tahu sebelum ini sememangnya Justin Bieber menghadapi masalah kulit berjerawat dan ini didedahkan sendiri isterinya, Hailey Bieber sewaktu kita semua menghadapi perintah berkurung beberapa bulan lalu. Dan kini selepas berlalunya fasa kuarantin, kita dapat saksikan sendiri wajah Justin kini semakin pulih dan jauh lebih sihat berbanding dahulu. Ia menjadi buah mulut ramai dan akhirnya Hailey berkongsi rahsia di sebalik itu.
Menerusi temubual bersama Dr. Barbara Sturm di TikTok baru-baru ini, Hailey berkongsi bahawa teknik yang digunakan ke atas suaminya itu adalah menerusi pendekatan perubatan. Justin dikatakan mengalami masalah iritasi kulit yang melampau. Jadi, solusi Hailey adalah hanya satu, mengoptimakan lembapan.
Justin melalui fasa jerawat tua yang sangat teruk dan sudah menderita berbulan-bulan… Jadi saya pun runsing lalu mencari jalan apakah yang sesuai untuk kulitnya… dan jika tidak silap saya, empat ke lima bulan yang lalu, Justin turut mengambil ubatan Roaccutane untuk membantu masalah jerawatnya… ubat itu mengeringkan kulit secara ekstrem dan daripada situ saya cuba membantu dia melalui proses itu.
https://www.instagram.com/p/CFKjrLxnAnm/
Menurut Hailey, itu adalah solusi terbaik iaitu mengembalikan hidrasi pada kulit wajah Justin yang telah menjadi kering dengan teruk akibat ubatan yang diambil.
“Dia sehingga menggunakan krim salap pada kulitnya kerana dia merasakan kulit dia seperti rapuh. Jadi dari situ, saya cuba mencari produk apa yang mampu membekalkan hidrasi optimum tanpa membuatkan kulit menjadi berminyak… dan kami akhirnya jumpa kombinasi produk yang betul-betul berkesan pada kulitnya. Sekarang, kulit Justin telah kembali sihat dan bersinar.”
Untung punya isteri yang bijak membantu dan mencari solusi buat kulit wajah suaminya. Dan mungkin tanpa bantuan Hailey, Justin juga akan menjadi lebih buntu, silap-silap boleh depresi. Buat kamu yang mungkin memiliki masalah yang sama seperti Justin Bieber, mungkin boleh amalkan petua daripada Hailey ini.
Selamat mencuba!
Apa pandangan anda?