Posted on August 7, 2020
Ada orang jenis yang senang terbakar (sunburn) kulitnya akibat sinaran matahari jika tidak menyarung perlindungan sepatutnya pada kulit mereka. Dan seperti kita sedia tahu dan pernah saya kongsikan sebelum ini juga, kulit gelap dan kulit cerah memiliki ransangan yang berbeza terhadap sinaran UV matahari ini. Kulit gelap lebih jarang sunburn berbanding mereka yang berkulit cerah. Mengapa? Kerana kulit gelap memiliki lebih perlindungan kerana penghasilan melanin yang tinggi. Walaubagaimanapun, kamu yang memiliki kulit gelap, tidak boleh terlalu bersenang hati. Setiap orang yang terdedah kepada sinar UV matahari secara berlebihan berpeluang tinggi terkena kanser kulit. Namun, bukan ini yang ingin saya kongsikan hari ini.
Hari ini saya ingin kongsikan tip daripada pakar dermatologi untuk kamu yang ingin merawat kulit sunburn. Almaklumlah, memandangkan sekarang negara kita diberikan sedikit kelonggaran dan boleh melancong dalam negeri. Ramai yang memillih percutian pantai. Dan akibat terlalu seronok, ada sahaja yang mengabaikan rutin pelindung sinar, maka, terbakarlah kulit. Apabila pulang daripada bercuti, hati jadi runsing, bagaimanalah hendak merawat kulit sunburn ini, bukan? Usah risau, biar saya kongsikan degan kamu semua.
Mandi air sejuk
Ini berfungsi untuk mengurangkan rasa sakit pada bahagian kulit yang terbakar. Amalkan mandi air sejuk dengan kerap dan setelah keluar dari kamar mandi, lap lembut pada bahagian itu. Jangan lap sehingga kering. Setelah lap dan biarkan separa basah, sapukan cepat losen atau krim pelembap, ini bertujuan untuk mengelakkan kulit menjadi terlalu kering.
Jika kulit terbakar luka…
Biarkan. Biarkan ia pulih secara semula jadi. Jangan kopek atau apa lagi menyentuhnya. Dengan cara ini, kulit luka tadi akan pulih dengan lebih cepat malah peluang untuk terkena jangkitan kuman juga kurang. Kadang-kadang, ada yang gatal tangan ingin mengopek kulit terbakar sehingga menjadi luka. Tolong ya, jangan!
Elakkan daripada berjemur di bawah terik matahari
Jika kamu dalam proses penyembuhan akibat sunburn ini, janganlah gatal-gatal hendak berjemur lagi. Kata pakar, rawatan paling baik ialah penghindaran. Sentiasa duduk di kawasan indoor, sarung krim SPF atau juga baju yang melindung kulit. Ramai orang yang masih mengelat untuk memakai krim pelindung sinar. Kamu tidak tahu betapa pentingnya perlindungan dan penghindaran ini. Esok, kalau dah tua lihatlah kulit kamu nanti, jangan salahkan saya tidak berkongsi nasihat ini.
Pastikan kulit kekal terhidrat
Kulit sunburn boleh buatkan diri menjadi kurang hidrasi baik dalam tubuh badan mahupun pada permukaan kulit. Lalu melambatkan proses penyembuhan. Amalkan air putih yang banyak serta sarung krim pelembap yang mengandungi intipati seperti aloe yang mana sangat membantu dalam merawat sunburn ini.
Ingat walau apapun, sinaran UV matahari ini sangat berbahaya. Sila jangan ambil remeh, elakkan daripada terkena sunburn secara berlebihan. Ia sangat bahaya dan jangan sampai menyesal di kemudian hari ya.
Apa pandangan anda?