Posted on December 3, 2020
Sekarang ini akses untuk membeli produk dari luar negara begitu mudah tidak seperti dahulu. Cuma sanggup atau tidak mengeluarkan kos tambahan untuk menanggung proses penghantaran yang sedikit mahal. Seperti Jlo Beauty ini juga, mari kita sama-sama doa, mereka ada menyediakan penghantaran ke seluruh dunia. Ya benar, kita ada produk kecantikan terbaru, Jlo Beauty milik Jennifer Lopez yang bakal menemui peminat kecantikan pada tahun baru nanti!
Gambar: People
Seperti yang kita tahu, Lopez memang memiliki kulit wajah yang mulus, bentuk badan yang mantap, dan kita semua sering tertanya-tanya bagaimana dia boleh kekal cantik walau di usianya 51 tahun hari ini. Lopez memberitahu People (The Show!), dia menerima terlalu banyak persoalan ini semenjak dia di usia muda lagi.
Sudah lama saya memikirkan hal ini, kira-kira 20 tahun lamanya. Ke mana sahaja saya pergi, semua akan bertanya tentang kulit wajah saya. Dan semakin saya berusia, soalan yang sama ini lebih sering ditanya. Ia memang nampak seperti suatu pujian yang baik, tetapi saya sedar ia sudah seperti satu kewajipan. Seperti saya harus menyediakan satu rangkaian produk apabila ada saja yang bertanya.
Dan oleh kerana itu, dia mula mengambil perhatian malah memikirkan untuk mencipta rangkaian kecantikannya sendiri. Namun, pada Lopez, ia tidak semudah itu. Dia tidak mahu sekadar menjual namanya, Lopez mahu memastikan produknya itu terbaik.
Bermula tiga tahun lepas, kami sudah mula bekerja untuk menghasilkan produk kami, namun baru kini kami berjaya mendapatkan produk yang terbaik. Saya masih ingat, saya hampir membuat semua orang menggila kerana saya tidak mahu meletakkan nama saya pada produk-produk yang tidak bagus atau sesuatu yang bukan kemahuan saya.
Menurutnya lagi, selepas 100 ujian percubaan serta proses menciptanya bersama ahli kimia kosmetik mereka, akhirnya Jlo Beauty hari ini sudah bersedia untuk menemui peminatnya.
Gambar: Instagram JLo Beauty
Seperti yang dimuatnaik di Instagram rasmi Jlo Beauty, koleksi ini bakal merasmikan 8 produk daripada rangkaian glow-boosting. 8 produk tersebut adalah Gel Cream Cleanser, Multitasking Serum, Multitasking Mask, Nonstop Wonder Cream, Broad Spectrum SPF 30 Moisturizer, Eye Cream, Complexion Booster dan Skin-Nutritious Dietary Supplement.
Tambah Lopez lagi, intipati highlight untuk rangkaian produknya datang daripada rahsia kecantikan yang diamalkan oleh ibu serta makciknya ketika muda iaitu minyak zaitun. Katanya, ini adalah bahan kecantikan yang jarang kita gunakan.
Tidak sabar untuk menanti 1 Januari tahun hadapan. Dan berharap kita juga berpeluang memilikinya!
Apa pandangan anda?