Posted on July 15, 2020
Ke mana sahaja kita pergi, pelitup muka senantiasa tersemat kemas di wajah. Sudah menjadi rutin setiap kali keluar rumah, bukan? Dan secara tidak langsung, rutin bersolek juga berubah semenjak menjalani kehidupan normal baharu ini. Ada yang lebih selesa tidak menyarung mekap, kerana risau memikirkan wajah bakal breakouts. Jangan risau, kami punya tip sarung mekap walau berpelitup muka untuk kamu. Bukan itu sahaja, ada beberapa perkara yang kamu harus tahu juga tentang mekap pelitup muka ini. Jom baca.
Tahukah kamu, mekap yang disarung di bawah pelitup muka ini sebenarnya akan membuatkan pelitup kamu menjadi kurang efektif? Menurut Cassandra M. Pierre, ahli perubatan di Boston Medical Center menerusi temubualnya bersama Allure,
Untuk pelitup muka surgeri dan N95 serta berkemungkinan besar pelitup muka jenis kain akan terkesan jika wajah kamu memiliki solekan di sebalik pelitup muka jenis ini. Ia akan membantutkan lagi fungsi penapisan udara ini disebabkan mekap yang terkena pada lapisan pelitup muka. Kamu harus melindung diri daripada menyedut udara kotor, namun ia tidak akan berkesan juga jika solekan kamu itu melekat pada permukaan pelitup muka.
Jadi pastikan kamu tidak menyarung sebarang mekap terutama segala jenis bedak pada kulit wajah kamu terutama sekali pada bahagian hidung ke bawah.
Habis tu, bagaimana hendak buat wajah tampak lebih segar dan menyerlah walau berpelitup muka?
Saranan kami, cuba fokus pada bahagian solekan mata!
Kamu boleh bereksperimen dengan pelbagai jenis solekan mata. Baik smoky, liner berwarna-warni ataupun inilah masanya untuk kamu mencuba solekan pembayang mata glos yang mana memberi efek basah.
Tetapi harus diingat juga, penjagaan kulit wajah amat penting. Layangkan pelembap wajah secukupnya untuk prep wajah yang baik sebelum keluar rumah. Dan untuk kamu yang mahukan sedikit warna pada bibir, layangkan salap bibir. Salap bibir jauh lebih baik daripada kamu menyarung gincu biasa. Ia membuatkan bibir kamu lebih terhidrat.
Mari kami kongsikan sedikit-sebanyak idea solekan mata yang boleh kamu jadikan inspirasi untuk ke kerja esok!
Instagram: @jelaineeey
https://www.instagram.com/p/CCod7c8hG4h/
https://www.instagram.com/p/CCgIQonBRVN/
Apa pandangan anda?