Posted on November 4, 2020
Walau wajah dilitup separuh dengan pelitup muka, ia langsung tidak menghalang kita untuk berkarya kala bersolek. Terutama sekali di bahagian mata. Namun, untuk membuatkan penampilan kamu lebih memukau, kamu perlu mencipta solekan mata yang hebat dan mampu menawan setiap mata yang memandang. Jika kamu tidak tahu bagaimana, kami kongsi beberapa panduan untuk kamu.
Pilih berus mata yang betul
Cara aplikasi itu penting, maka segalanya bermula daripada berus. Pilih berus mata yang betul, dan jika boleh, berbelanjalah pada berus yang sedikit mahal untuk kualiti yang hebat. Namun ada jenis berus yang boleh menjadi pengganti kepada berus mahal (berus yang menggunakan bulu natural). Kamu boleh cuba berus jenis sintetik, kerana berus jenis ini mudah ‘menangkap’ produk mata kamu dengan baik dan mampu membuatkan solekan mata kamu tampak lebih naik seri. Lagi pula, berus jenis ini sememangnya mudah dibersihkan, mesra alahan serta lebih murah.
Kenali jenis mata kamu
Manusia punya pelbagai jenis mata. Ada yang monolid, ada yang punya kelopak ke dalam, ada yang kuyu, ada yang jaraknya jauh di antara dua mata dan pelbagai lagi. Untuk mendapatkan solekan mata yang sempurna, kamu harus kenali jenis mata kamu. Sebagai contoh mata yang jenisnya monolid, teknik solekan matanya agak berbeza daripada jenis mata biasa. Kami sarankan kamu perbanyak tonton tutorial solekan di Youtube untuk ketahui dan mempelajari solekan mata yang sesuai buat kamu.
Layang pembayang mata asas pada kelopak mata kamu
Layangan pembayang mata asas mampu membuatkan solekan mata kamu tampak lebih naik seri. Jika kamu hendak melakar solekan mata yang lebih dramatik seperti solekan smoky, layangkan warna asas tadi sehingga ke tulang kening, untuk nampak lebih bold dan memukau. Atau kamu boleh sekadar layangkan rona asas ini tanpa perlu melapis rona-rona lain untuk solekan harian kamu. Rona asas ini juga boleh menggantikan primer.
Ini 5 Palet Mata Terbaru Pilihan Kami di Sephora
Too Faced Light My Fire Eyeshadow Palette RM120
Stila Kaleidoscope Eye Shadow Makeup Quad – Heaven’S Vault RM125
Anastasia Beverly Hills Mini Soft Glam Eyeshadow Palette RM150
Pat McGraths Labs Mthrshp Mega : Celestial Divinity Eyeshadow Palette (Edisi Terhad) RM340
Huda Beauty Naughty Nude Eyeshadow Makeup Palette RM300
Apa pandangan anda?