Posted on August 13, 2020
Kita semua tahu jika kita tidak cuci mekap dengan bersih sebelum tidur, itu boleh menjadi punca kulit naik jerawat. Atau, makan makanan yang berminyak juga mampu memberi kesan kepada kulit wajah kita. Perkara seperti ini sudah tertanam di kepala di mana kita harus elakkan supaya ia tidak merosakkan kulit kita. Namun, pernahkah kamu terfikir atau kadang-kala mengeluh, “aku sudah sehabis baik menjaga kulit wajah, namun mengapa wajah masih breakout?” Mari saya kongsikan tabiat harian kamu yang menjadi punca kulit wajah breakout.
Selama ini mungkin kamu tidak sedar bahawa sememangnya tubuh badan kamu cuba untuk memberitahu kamu apa yang terjadi pada kulit kamu akibat daripada perbuatan-perbuatan harian kamu. Apa yang perlu dibuat ialah luang masa untuk mendengar dan menjejak. Seperti yang saya pernah bilang pada teman-teman yang bertanya hal sama. Jika kamu sudah buntu dengan masalah kulit wajah kamu, cuba satu hari itu, duduk, keluarkan buku nota, catatkan setiap gerak-geri kamu, rekod pemakanan kamu, daripada situ kamu boleh jejak segalanya. Dengar dan jejak tubuh kamu.
Namun ramai yang tidak sedar, perbuatan remeh seperti menggigit kuku jari juga boleh menjadi punca besar kepada masalah kulit wajah breakout ini. Perhatian buat kamu yang suka sangat menggigit kukut. Ingat, apa yang sudah kamu sentuh di sekeliling kamu sudah terkena pada jari-jemari kamu. Dan apabila kamu obses menggigit kuku, kotoran dan bakteria tadi pastinya hinggap ke kulit wajah kerana kamu pasti pada satu masa akan menongkat wajah sambil menggigit kuku. Dalam pada masa yang sama, kamu usik rambut depan kamu yang menggangu mata kamu menggunakan jari-jemari yang sama.
Buat kamu yang suka membuang bulu pada sekitar wajah, pastikan kamu punya rutin penjagaan wajah yang bagus. Ini kerana buat kamu yang suka membuang bulu terutama sekali menggunakan teknik wax, seperti kita tahu, teknik ini akan menarik bersih sehingga ke akar bulu. Lagi-lagi kamu lakukan pada kawasan kulit yang lembut seperti atas bibir ataupun bulu dibahagian dagu. Teknik ‘keras’ ini akan meninggalkan kesan seperti iritasi dan tisu bengkak kerana kamu tidak sedar pada masa yang sama menarik kuat sel kulit. Ini juga boleh menjadi penyebab kepada kulit breakout. Saranan saya, jika kamu tidak mahu menggunakan teknik wax, kamu boleh cuba teknik laser.
Bantal tidur kamu juga memaikan peranan penting. Walau kamu mencuci wajah sebersih mana pun sebelum tidur, jika bantal kamu tidak bersih, kulit tetap boleh terdedah kepada masalah breakout ini. Objek yang sering memberi tekanan atau menyentuh kulit kamu dengan kerap boleh menyebabkan jerawat yang dipanggil jerawat mechanica. Bukan sahaja bantal tidur, jika kamu aktif bermain viola, atau apa sahaja aktiviti yang menyentuh kulit berpotensi terkena jerawat ini. Maka, bersihkan bantal, alatan muzik kamu serta skrin telefon dengan baik.
p/s: Ini baru sikit, nanti saya akan kongsikan lagi punca-punca lain di bahagian dua!
Apa pandangan anda?