Posted on January 13, 2021
Bukan sahaja wanita malah lelaki juga perlu menitik berat soal penjagaan diri. Antaranya seperti soal penjagaan rambut. Saya yakin lelaki juga amat mementingkan penampilan gaya rambut. Seperti wanita, jika rambut nampak cantik hari itu, pasti mood juga akan seiring baik. Good hair, good mood, good day! Akan tetapi, tidak semua benar-benar menjaga rambut mereka dengan betul. Jangan hendak nampak bergaya sahaja, tetapi penjagaan rambut sebenar diabaikan ya. Tidak mengapa, buat sang lelaki, ini dia tip penjagaan rambut yang ingin kami kongsikan menurut kata pakar.
Kenalpasti jenis rambut kamu
Bukan wanita sahaja, lelaki juga harus ambil tahu. Baik rambut lurus, kerinting, kering, berminyak dan sebagainya. Dan daripada situ, barulah kamu tahu syampu yang terbaik untuk rambut kamu itu. Apabila kamu menggunakan syampu yang betul, saya yakin, kamu akan nampak perubahan yang ketara pada kesihatan rambut kamu. Dan yang paling penting, kamu juga harus tahu apakah intipati yang terkandung di dalam produk rambut kamu itu. Sebagai contoh, jika kamu memiliki rambut kerinting, pilih syampu yang memiliki unsur pelembap, manakala rambut nipis, pilih yang punya formulasi ‘volume’.
Sapu produk penjagaan rambut ketika rambut separa basah
Setiap orang harus memiliki produk rawatan dan penjagaan rambut seperti serum ataupun minyak rambut. Ini antara perawatan minimal yang boleh kamu lakukan untuk mendapatkan hasil rambut yang cantik dan sihat. Ada yang bertanya, waktu terbaik menyapu produk-produk ini? Jawapan pakar, ketika rambut separa basah. Produk susah hendak meresap jika rambut terlalu kering. Waktu yang sesuai adalah, selepas mandi, keringkan rambut sama ada menggunakan tuala atau peniup kering selama 30 saat sehingga rambut kamu menjadi 60-70 peratus kering.
Salt spray sangat sesuai untuk kamu!
Pernah dengar tentang salt spray? Inovasi yang dicipta oleh pakar rambut, sangat versatil dan sesuai sebagai produk styling untuk si lelaki. Menurut kata pakar, salt spray ini bertindak sebagai produk styling dan masa sama fixing. Jika kamu punya rambut yang nipis, produk ini boleh membuatkan rambut nampak lebat. Garam yang diadun di dalam produk ini boleh membantu ‘memegang’ rambut menjadi lebih terletak, dan mencipta tekstur serta volum serta-merta. Caranya mudah, sembur pada rambut lembap dan kemudian keringkan!
Cuba salt spray ini, Kristin Ess Sea Salt Air Dry Spray, RM61
Apa pandangan anda?