Posted on July 17, 2020
Jika kamu mahukan inspirasi kala bersolek, kami cadangkan kamu ikut Instagram Rowi Singh. Instagrammer popular ini berasal dari Pantai Utara, Sydney. Dia sering memuat naik foto dirinya mengenakan solekan bertemakan Euphoria. Wanita Punjabi, Rowi ini cukup kreatif, unik dan patut kami kongsikan bersama kamu semua. Buat yang belum follow dia di Instagram, baik kamu tekan butang follow sekarang juga!
Menerusi temubual Rowi bersama ELLE Australia tahun lalu, dia berkongsi tentang inspirasi di sebalik setiap solekannya,
Absolutely everything and anything. Dan senang untuk saya katakan, saya sering berimaginasi di luar kotak. Berjalan di jalanan, mungkin di kawasan itu ada kelompok bunga ros. Warna-warna di sekeliling saya inilah biasanya menjadi inspirasi setiap kali saya mencipta sesuatu look.
Saya rasa diri saya ini senantiasa dan senang terinspirasi. Idea itu mungkin akan timbul pada pukul 1 pagi secara tiba-tiba, dan keesokan paginya apabila bangun, saya akan terus catit ke buku nota. Inilah saya.
Bercakap tentang solekan Euphoria, pasti warna-warni yang membayangi fikiran. Rowi juga pernah berkongsi tip kala bersolek, dia amat menyukai bedak Pat McGrath Sublime Skin Fetish dan Fenty Beauty Hydrating. Dia turut berkongsi, dia banyak belajar bersolek melalui latihan dan solekan yang dilakar di wajahnya sendiri daripada menonton tutorial di Youtube. Katanya solekan di depan kamera amat berbeza daripada solekan harian. Rowi turut berkongsi, dia sukakan Tarte Shape Tape Concealer. Menurutnya, hanya dua titik daripada penyamar noda ini diperlukan berbanding mereka yang menyarung penyamar noda di hadapan kamera yang mana memerlukan kuantiti lebih daripada itu.
Melihat kepada inspirasi solekan Rowi yang bukan sahaja bersandarkan kepada konsep dan aura Euphoria, kita dapat lihat Rowi sebenarnya menggabungkan solekan inspirasi warisan budaya Punjabi bersama solekan moden pop. Ini pada kami membuatkan Rowi tampil lebih unik.
Kami tidak mahu bercakap panjang lagi, kami kongsikan 10 solekan pilihan Rowi Singh. Ahh, #STAILAVVV!
https://www.instagram.com/p/CAxPc_CnW6P/
https://www.instagram.com/p/CAXgRQuHZKf/
https://www.instagram.com/p/B_hbJvFnuK6/
https://www.instagram.com/p/B9jJm2-HX5_/
https://www.instagram.com/p/B9d-rDSnh97/
https://www.instagram.com/p/B7GENp4hN_8/
https://www.instagram.com/p/B6kctxtHV4X/
https://www.instagram.com/p/B4UOqxZnlSY/
https://www.instagram.com/p/B3UAs1vBYPg/
https://www.instagram.com/p/B0x6duOBwj_/
https://www.instagram.com/p/B0x6duOBwj_/
Apa pandangan anda?