Posted on March 13, 2020
Bosan asyik mengenakan solekan sama saban hari, mahu mencuba sesuatu yang lain daripada yang lain. Apa kata, gunakan kreativiti yang ada dalam diri kamu itu dan cabar diri untuk mencuba solekan popular kini iaitu solekan #InstagramFilterMakeup. Banyak filter menarik di Instagram Stories boleh kamu cuba dan olahkan pada kanvas wajah kamu. Youtubers seperti James Charles, Jordan Lipscombe dan ramai lagi turut berkongsi tutorial bagaimana hendak melakar kembali lukisan maya ini pada wajah. Lepas ini, tidak perlu dah untuk kamu menggunakan filter palsu di Instagram. Tayang sahaja solekan muka kamu itu.
Foto @sabrinalexandr
Jika kamu tanya saya apa filter Instagram favorit saya, sudah tentu ROSES oleh ilovediany, LiL Force oleh paigepiskin dan macam-macam lagi. Girls, jika kamu tidak tahu aksesori mekap apa yang kamu perlukan untuk mencipta kembali solekan Instagram ini, kamu hanya perlukan pen penggaris mata berwarna sahaja. Kamu boleh cuba Dior Onstage Liner, atau Make Up For Ever Aqua XL Eye Pencil! Jom, kami kongsikan beberapa tutorial istimewa daripada mereka ini.
Jangan lupa tag kami di Instagram jika kamu sudah mencuba solekan #InstagramFilterMakeup ini ya!
Apa pandangan anda?