Posted on November 12, 2020
Daripada seorang jurusolek kaunter di pusat beli-belah, kemudian menjadi seorang Youtuber kecantikan popular, kini Jamie Genevieve sudahpun mencipta jenama mekapnya sendiri, Vieve. Pengumuman gembira yang dibuat beberapa hari lepas ternyata membuatkan semua peminat kecantikan menjadi teruja dan tidak sabar untuk mendapatkan segala mekap yang dijual wanita ini.
Koleksi pertama yang dihasilkan Vieve mengandungi gincu bibir, bedak highlighter, penggaris bibir serta palet pembayang mata. Dan jika kita lihat keseluruhan rangkaian ini benar-benar melambangkan look signatur Jamie sendiri yang mana, bibir yang dilakar jelas, efek glow di muka serta lakaran solekan mata yang hebat.
Kata Jamie pengikut setia di media sosialnya lah yang menjadi tunjang dan semangat untuk membina Vieve,
Saya suka mendengar hubungan unik seseorang itu dengan kecantikan, kisah individu serta impak positif yang mereka terima apabila mereka bersolek. Saya senantiasa terinspirasi dengan pengikut saya sama ada menerusi stail mereka, kebaikan, kekuatan, karisma yang mereka miliki, itu sedikit-sebanyak membantu kreativiti saya.
Menurut Jamie tentang jenamanya lagi,
Dan itu sangat penting kerana saya ingin membina Vieve dan mengikut panduan yang telah diberikan oleh pengikut saya. Saya tahu saya harus mencipta sesuatu yang effortless namun masih boleh menyampaikan sesuatu kepada seseorang itu. Versatil dan cantik apabila diadun bersama. Kamu boleh sarungkan cara kamu sendiri daripada solekan mudah, neutral dan moden kepada solekan yang lebih bereksperimental yang melambangkan diri kamu.
Vieve boleh didapati di laman web rasminya sendiri dan yang paling penting, mereka punya penghantaran antarabangsa! Jadi apa tunggu lagi!
Buat kamu yang tidak mengenali Jamie, saya sertakan beberapa video Youtube Jamie pilihan kami untuk kamu tonton dan teroka wanita ini.
Apa pandangan anda?