Posted on January 7, 2021
Seperti kita semua tahu, ada pelbagai jenis kulit wajah antaranya seperti kulit berminyak, normal, kombinasi, kering dan sensitif. Dan kita sebagai manusia yang mementingkan kecantikan, pastinya akan sentiasa memastikan apa yang terbaik untuk kulit wajah kita. Seperti saya, sehingga ke hari ini, masih mencuba dan bereksperimen dengan pelbagai jenis produk hanya untuk memastikan ia ‘kena’ dan sesuai dengan kondisi kulit wajah saya. Namun, hari ini saya bukan hendak membebel tentang kulit wajah saya, akan tetapi, saya ingin berkongsi bahan kandungan yang harus di elak buat kamu yang memiliki kulit kering.
Kami harap selepas ini kamu sudah tahu yang mana terbaik untuk kulit wajah kamu.
Gambar: Pinterest
Alkohol
Intipati ini memang tidak elok untuk semua jenis kulit terutama sekali untuk kamu yang berkulit kering. Menurut pakar dermatologi, alkohol ini ada pelbagai jenis antaranya seperti SD Alcohol, Denatured Alcohol dan Isopropyl Alcohol. Ini semua akan mengeringkan lagi kulit kamu. Kalau kamu hendak tahu, alkohol juga boleh menjadi salah satu punca kulit terkena eczema, rosacea dan psoriasis.
Asid Glycolic
Jauhkan kulit wajah kamu daripada intipati asid glycolic. Ini adalah intipati yang berfungsi menyahkan liang pori tersumbat serta bintik hitam di wajah. Di mana fungsi ini lebih sesuai buat mereka yang berkulit minyak. Jika kamu berkulit kering, kamu tidak perlukan asid glycolic baik dalam produk penjagaan wajah kamu mahupun produk kosmetik.
Asid Salisilik
Asid salisilik atau salicylic acid ini banyak dijumpai dalam produk penjagaan wajah. Namun asid jenis ini hanya sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif dan berminyak. Jika kamu yang berkulit kering memakai produk yang memiliki intipati ini, ia hanya akan merosakkan lagi kulit kamu. Ingat, asid salisilik ini bukan untuk kamu!
Yang penting, baik produk penjagaan wajah atau produk kosmetik, kedua-duanya sama penting. Elakkan menggunakan produk yang memiliki intipati yang tidak sesuai untuk kulit kamu. Jangan beli semata-mata untuk mengejar trend. Seperti bibir kamu, jikak kamu memiliki bibir jenis kering, elakkan menyarung gincu yang memiliki formula super matte. Sebaiknya sarung yang jenis formula berkrim atau glos.
Selamat mencuba!
Apa pandangan anda?