Posted on October 21, 2020
Jika dahulu saya tidak boleh keluar rumah tanpa meluruskan rambut kerana rambut saya jenis yang tidak terurus apabila dibiarkan begitu sahaja. Dan pernah suatu masa, hati saya terdetik, apakah elok jika saya meluruskan rambut menggunakan alatan haba setiap hari? Lantas, saya memilih untuk melakukan rutin itu hanya beberapa kali sahaja dalam seminggu. Dan ternyata, saya tidak gembira. Kini, saya sudah berhijab, masalah utama saya, rambut harus dicuci setiap hari kerana kulit kepala saya kerap berpeluh. Kadang-kala masa tidak mencukupi untuk mengeringkan rambut memandangkan hari-hari perlu dicuci, saya perlu mengeringkan rambut dengan cepat sebelum menyerkup tudung. Apakah solusi kepada masalah saya ini? Saya diperkenalkan dengan produk terbaharu pengering rambut dan pelurus rambut Philips – Philips SenseIQ Hair Dryer dan Philips SenseIQ Straightener.
Mari ikut saya fahami dengan lebih mendalam tentang Philips SenseIQ Hair Dryer & Straightener ini…
Philips, antara jenama paling maju dari segi pembikinan dan teknologi yang digunakan terhadap produknya ini kini tampil dengan dua produk yang bakal memudahkan rutin penggemar kecantikan di luar sana. Hadir dengan teknologi SenseIQ yang mana ia merawat serta membantu menggaya rambut secara peribadi mengikut tahap kesihatan dan kondisi rambut kamu.
Seperti kita tahu, setiap daripada kita memiliki jenis dan masalah rambut berbeza-beza. Namun, Philips SenseIQ Hair Dryer & Straightener ini mampu memberi solusi untuk setiap jenis masalah rambut yang dimiliki kita.
Teknologi SenseIQ ini diaktifkan menerusi sensor cahaya infra merah yang mampu menganalisa suhu rambut. Daripada situ, tahap perlindungan haba akan ditetapkan mengikut suhu rambut itu tadi. Untuk pengetahuan kamu, pergerakan sensor yang dikesan pada Philips SenseIQ Hair Dryer adalah sebanyak 4,000 kali manakala untuk Philips SenseIQ Straightener adalah sebanyak 20,000 kali. Ini terbukti ketepatannya dan dapat membantu melindung rambut daripada haba keterlaluan secara serta-merta.
Saya telah mencuba pengering rambut dan pelurus rambut Prestige Philips…
Pada saya, Philips amat genius. Menghasilkan produk alat peranti rambut yang memudahkan kehidupan saya. Di samping memudahkan, ia juga membantu mengawal rambut rosak saya. Sebagai wanita berhijab, saya berasakan penjagaan rambut ini lebih penting daripada segala-galanya. Jangan ingat kami menutup rambut, maka selesailah segala permasalahan rambut. Tidak.
Dengan adanya Philips SenseIQ Hair Dryer ini, ia membantu mengeringkan rambut saya lebih cepat daripada biasa. Percayalah, ini apa yang kamu mahukan setiap pagi apabila bersiap ke tempat kerja. Philips juga membuktikan bahawa pengering rambut ini dibina dengan tiga fungsi program pengering di dalamnya. Tiga program tersebut ialah Fast mode untuk 20 peratus pengeringan lebih cepat, Gentle mode untuk penjagaan ekstra serta Dry mode untuk pengeringan setiap hari. Saya suka kerana fungsi pengeringan cepat yang padat ini lebih memudahkan saya berbanding pengering rambut jenama lain.
Jadi saya tidak perlu risau jika terlambat bangun ataupun terkejar-kejar ke tempat kerja setiap pagi. Walaupun saya menggunakan pengering rambut setiap hari, rambut saya masih kekal berseri dan sihat. Ini kerana teknologi SenseIQ nya yang membantu mengunci 90 peratus kelembapan natural yang terkandung pada rambut kita. Maka saya tidak perlu risau kerana Philips SenseIQ Hair Dryer ini tidak akan mengeluarkan haba melampau pada rambut saya. Amat mengagumkan.
Manakala produk Philips SenseIQ Straightener ini juga kegemaran saya. Setelah mencubanya pertama kali, saya dapat rasai sendiri kelembutan pada rambut dan bersinar ibarat saya menyapu minyak rambut. Paling menarik tentang alat peranti ini, ia langsung tidak memanaskan rambut saya secara melampau dan masih mengekalkan lembapan natural serta serta mengekalkan kadar kekuatan sebanyak 93 peratus pada rambut saya. Apa yang mengejutkan, setelah menggunakannya beberapa kali, rambut saya langsung tidak kelihatan rapuh!
Ada tiga mode yang boleh dipilih menerusi Philips SenseIQ Straightener ini, iaitu Normal mode, Gentle mode dan Fast mode, serta 14 tahap suhu bermula daripada 120 hingga ke 230 darjah selsius. Lebih hebat lagi, ia dicipta dengan teknologi tambahan iaitu Tetra Ionic System di mana ia dicipta dengan semburan berjuta-juta zarah ion daripada dua belah bilah pelurus rambut ini. Sistem ini membantu menyah statik, menghalang rambut menjadi kusut serta menambah kuat daya tahan dan lembapan rambut. Maka, kerana itulah saya yakin mengapa rambut saya masih tampak kilat berseri serta sihat selepas menggunakan Philips SenseIQ Straightener ini beberapa kali.
Buat kamu yang ingin memiliki Philips SenseIQ Hair Dryer serta Philips SenseIQ Straightener yang berharga RM559/satu ini, bolehlah kunjungi stor peruncit sah atau kunjungi laman rasmi e-dagang Philips.
Apa pandangan anda?