Posted on June 3, 2020
Apabila kita bercakap tentang kulit, yang kamu tahu kulit ada berbagai warna, semua orang punya masalah kulit serta jenis kulit berbeza-beza seperti kombinasi, berminyak, kering, sensitif dan sebagainya. Sebenarnya banyak lagi fakta tentang kulit yang mungkin kamu tidak tahu. Kalau kamu hendak tahu, kulit adalah organ terbesar yang dimiliki tubuh kamu serta ia memainkan peranan penting dalam mengawal suhu tubuh badan serta melindung tulang, urat serta segala penyakit. Mari kami kongi lagi fun facts tentang kulit yang perlu kamu tahu.
Habuk sekeliling sebahagiannya adalah daripada sel kulit mati
Jika kamu hendak tahu, menurut David Bank, M.D., Pengarah Center for Dermatology, Cosmetic & Laser Surgery di New York, sel kulit mati kamu adalah antara kandungan habuk yang kamu lihat di sekeliling kamu. Memang habuk terdiri daripada pelbagai benda termasuklah kotoran, pasir yang terhasil daripada pencemaran sekeliling, namun sel kulit mati yang berguguran jatuh daripada kulit kamu juga adalah antara penyumbang kepada habuk sekeliling.
Kulit orang dewasa memiliki berat lebih daripada 9kg
Tahukah kamu, kulit memainkan peranan sebanyak 15 peratus dalam berat tubuh badan kamu? Menurut pengiraan ahli perubatan di Amerika Syarikat, rata-rata wanita Amerika memiliki berat lebih 70kg, jadi mereka memiliki berat kulit hampir 11kg, manakala lelaki Amerika pula rata-rata beratnya 88kg ini memiliki hampir 13kg kulit di tubuhnya.
Kulit kamu adalah rumah kepada ribuan jenis bakteria
Permukaan kulit kamu itu sebenarnya mudah terdedah kepada pelbagai jenis anasir sekeliling. Dan melalui mata kasar, kita sendiri tidak tahu apa yang menghinggap pada kulit tubuh kita. Oleh kerana kita tidak nampak, kita tidak sedar sebenanya kulit kita sudah terdedah kepada segala jenis bakteria. Mereka (bakteria) ini dinamakan microbiota kulit. Namun, bakteria ini tidaklah membahayakan kerana ia membantu sel-sel imun melawan mikrob yang boleh menjadi penyebab kepada penyakit.
Faktor keturunan tidak menyumbang kepada cara kulit kamu menua
Ramai yang menyangka faktor keturunan menjadi penyumbang segala benda kepada tubuh seseorang. Bagi kes kulit menua pula, tidak semestinya faktor keturunan menjadi penyumbang kepada perubahan kulit kamu. Faktor tinggi yang menyumbang kepada kulit menua sebenarnya boleh didapati daripada faktor luaran seperti cahaya matahari, pencemaran dan merokok. Kalau kamu hendak tahu, cahaya matahari penyumbang terbanyak sebagai faktor kulit cepat menua.
RFID tag di dalam tubuh manusia
Menurut majalah Discover, lebih daripada 2,000 manusia di muka bumi ini di anam cip identifikasi frekuensi radio atau lebih dikenali sebagai RFID tag di dalam kulit mereka. Tag ini berfungsi dalam memberi akses kepada informasi perubatan, komputer serta mampu membuka kereta yang terkunci. Seram, bukan?
Rambut dan kuku juga sejenis kulit
Ramai ingat rambut dan kuku berada di dalam kategorinya yang tersendiri. Tidak ya, sebenarnya rambut dan kuku juga ialah sejenis kulit. Cuma tercipta di dalam rupa bentuk yang berlainan sahaja. Fungsi rambut dan bulu ialah untuk melindung serta menghangatkan kulit tubuh. Manakala kuku pula memiliki tekstur yang keras juga berfungsi melindungi kulit daripada tercedera. Bukan itu sahaja, kuku yang terletak di jari ini juga memiliki fungsi pentingnya yang tersendiri. Ia bagi memudahkan lagi untuk kita apabila ingin mengambil atau memegang sesuatu.
Apa pandangan anda?