Posted on February 7, 2020
Sebenarnya banyak manfaat jika kamu amalkan pemakaian pupur. Tidak kira dalam bentuk sheet mask, gel, tanah liat dan seumpamanya. Pernah saya menyarung pupur jenis sheet mask setiap hari pagi dan malam selama 7 hari. Sememangnya perubahan yang ketara dapat dilihat pada wajah saya. Kulit lebih berseri sampai tidak perlu sarung mekap terlalu tebal! Tekstur kulit saya juga kelihatan lebih baik berbanding sebelumnya. Alangkah terkejutnya saya dengan hasil itu. Patutlah artis-artis Korea mengagungkan rutin ini. Baiklah, buat kamu yang mahu mencuba rutin ini dan masih tidak tahu pupur apa yang baik boleh kamu cuba, biar kami kongsikan bersama kamu. 5 sheet mask pilihan kami bulan ini. Mengapa sheet mask? Lebih mudah berbanding pupur-pupur jenis lain, kerana ia pakai dan terus buang!
Sephora Collection The Blue Mask (Edisi Terhad) RM24/satu
Diperbuat daripada kertas kerajang, pupur edisi terhad ini ialah antara pupur harus kamu miliki bulan ini. Diperkaya dengan ekstrak batu nilam dan akua, pupur ini mampu menyegarkan lagi wajah kamu. Bukan itu sahaja, ia membantu mengembalikan keserian wajah akibat penat seharian bekerja.
Dr.Jart+ Dermask Clearing Solution Facial Mask RM25/satu
Pupur jenis ini sesuai untuk kamu yang memiliki kulit sensitif. Seperti kita tahu, Dr.Jart+ memang punya rangkaian khas buat mereka yang memiliki masalah kulit. Dan pupur ini diperkaya dengan formulasi Glutathione dan Clearing Solution Complex untuk merawat dengan lebih baik lagi untuk kamu yang memiliki kulit-kulit bermasalah ini.
Origins Flower Fusion™ Sheet Mask RM14/satu
Pupur yang telah disemai dengan ekstrak botani yang membantu merawat masalah kulit. Dan buat pupur jenis ini, ia membantu mengembalikan kadar lembapan, keserian serta merawat tekstur kulit kamu dengan lebih baik. Diperbuat daripada buluh natural serta ekstrak bunga mawar dan buah oren, cukup untuk membekalkan akti-oksida tinggi serta vitamin C buat wajah kamu. Ekstrak lain yang turut terkandung di dalam pupur ini ialah seperti bunga lavender, violet, melur serta raspberry.
Glamglow Bubblesheet™ Oxygenating Deep Cleanse Mask RM40/satu
Selama ini kita cuma lihat pupur Glamglow terhasil di dalam kelalang dan diperbuat daripada tanah liat bukan? Kali ini Glamglow muncul dalam bentuk pupur kertas. Dan istimewanya pupur ini, setelah beberapa minit, ia membentuk karbonat bergas yang membantu secara efektif membuang kotoran, minyak berlebihan serta saki-baki mekap pada wajah. Ia diperbuat daripada Green Tea Teaoxi® yang membantu detoks kulit serta mengembalikan keserian wajah dengan serta-merta.
Tatcha Luminous Dewy Skin Mask RM50/satu
Pupur kertas mewah ini mampu memberikan hasil kulit wajah yang berseri secara maksima. Mengandungi ekstrak minyak botani yang membantu menghidratkan lagi kulit wajah. Diinspirasikan daripada teknik cantik tradisional masyarakat Jepun, pupur ini memiliki formula mewah daripada bahan seperti teh hijau, beras, algae yang membantu berhubung dengan sel kulit lebih baik. Dalam pada masa yang sama, pupur ini juga membantu menghalang kulit menua dengan cepat.
Apa pandangan anda?