Posted on November 13, 2020
Kiehl’s kembali dengan kempen berkonsep sustainability namun tahun ini mereka tampil dengan kempen versi virtual yang diberi nama “Kiehl’s World Make Better”. Ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran orang ramai terhadap impak alam sekeliling jika kita semua menggayakan kehidupan lestari.
Kempen “Kiehl’s World Make Better” bakal beraksi secara langsung bermula hari ini, 13 November sehingga 13 Disember 2020 dan menerusi laman web di sini. Kamu boleh menjelajah pelbagai aktiviti dan permainan serta pelbagai jenis promosi menarik untuk kamu yang disediakan oleh Kiehl’s.
Bukan itu sahaja, Kiehl’s menjanjikan ini bakal menjadi pengalaman paling hebat untuk kamu sertai terutama sekali untuk kempen virtual seperti ini. Seperti bulan kempen tahun-tahun sebelumnya yang mana Kiehl’s sering anjurkan pameran di pusat beli-belah terpilih, begitu juga di dalam alam maya ini. Kamu boleh mencuba pelbagai jenis aktiviti menarik yang tidak membosankan, walaupun berada di rumah!
Jika kamu kunjungi laman web rasmi kempen ini, kamu akan diajak untuk melengkapkan lima tugas mudah untuk membolehkan kamu menyahkunci kod unik promosi yang boleh kamu tebus saat checkout nanti. Lima seksyen tugas tersebut adalah World Footprint Calculator, Share Your Kiehl’s Story, Recruit A Friend, Pledge With Kiehl’s dan Fact or Faux Quiz.
Selain itu, ada lagi aktiviti menarik yang bakal dilancarkan secara mingguan dan dalam pada masa yang sama jika kamu menjadi 10 peminat pertama yang menghabiskan setiap aktiviti yang ada di dalam kempen “Kiehl’s World Make Better” ini, kamu bakal berpeluang memenangi hadiah bernilai RM15,000.
Jika kamu mahukan konsultasi kulit secara online juga, usah risau, kerana kamu boleh berhubung dengan wakil pelanggan E-Kiehl’s di ruangan Facebook Messenger pada bila-bila masa sahaja.
Dan buat pertama kalinya juga, untuk kempen ini, Kiehl’s Malaysia telah berkolaborasi bersama tiga badan organisasi dalam membantu merealisasikan inisiatif kempen hijau ini. Setiap pembelian menerusi kempen ini, Kiehl’s akan menderna RM10 kepada badan-badan amal ini. Dan sebanyak RM45,000 bakal didermakan kepada projek pemeliharaan yang terpilih.
Jangan lupa untuk kunjungi laman web kempen ini dan tunjukkan sokongan kamu terhadap alam sekitar kita!
Apa pandangan anda?