Posted on November 10, 2024
Buat peminat kecantikan di Malaysia, masa untuk buat kalendar reminder dah tiba! Kuala Lumpur International Beauty Week (KLIBW) kembali lagi dan kali ini lagi besar, lagi meriah, dan disokong oleh Guardian Malaysia sebagai rakan rasmi. Dari 22 hingga 24 November 2024, Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), Dewan 1 akan penuh dengan lebih dari 160 jenama kecantikan – bayangkan syurga produk skincare, makeup, dan segala yang trending sekarang!
Ia bukan sahaja pameran, KLIBW akan jadi tempat ‘wajib singgah’ buat mereka yang ingin tahu tentang trend kecantikan terkini, dapatkan tips dari pakar, dan berpeluang cuba produk baru. Guardian pula bawa kategori #IYKYK yang memang tengah viral sekarang—dari “Clean Beauty” ke trend “Glass Skin” dan banyak lagi. Paling best, ada produk-produk dari jenama tempatan yang inovatif di bawah kategori #LoveforLocal. Betul-betul support beauty brands Malaysia!
Nak tahu apa lagi yang menarik? KLIBW ada The Beauty Stage di mana kamu boleh join sesi Q&A dengan influencer kecantikan, melihat demo produk terbaru, dan belajar terus dari pakar. The Beauty Lounge pula tempat khas untuk meet and greet dengan selebriti dan influencer terkenal—pastikan kamera siap untuk snap gambar bersama mereka! Bagi yang ada bakat solekan, ada Pertandingan Solekan untuk tunjuk kreativiti kamu dan menang hadiah best!
Paling syok, tahun ni ada inisiatif Beauty Passport! 500 pengunjung pertama setiap hari boleh kumpul sampel eksklusif dan join giveaway—dan ada lebih 3,000 Goodie Bags setiap hari! Jangan lupa untuk kongsi pengalaman kamu di media sosial dan guna hashtag #KLIBW dan #KLBeautyWeek. Mungkin, kamu antara yang bertuah memenangi hadiah menarik. Kemasukan KLIBW adalah percuma, tetapi jika kamu tidak mahu beratur panjang, boleh membeli Beauty Express Ticket (RM30) untuk akses VIP selama 3 hari penuh. Prakemasukan melalui KOL Nation juga ada untuk mengelak beratur panjang!
Jadi, siapa kata festival kecantikan tidak boleh menjadi pengalaman yang fun dan bermanfaat? KLIBW 2024 di Mid Valley pada 22-24 November ini pasti menjadi acara kecantikan paling happening. Jom celebrate dunia kecantikan kita dan explore trend terbaru dengan Guardian Malaysia. Jumpa disana!
Ikuti perjalanan kecantikan kamu di sini:
Instagram: @KLBeautyWeek
Facebook: KLbeautyweek
Tiktok: @KLBeautyWeek
Laman Web: www.klbeautyweek.com
Hashtag Rasmi: #KLIBW #KLBeautyWeek #GuardianMalaysia #IYKYK
Apa pandangan anda?