Posted on May 15, 2020
Siapa yang tidak mengenali dengan dua jenama utuh di Malaysia ini. Jenama kecantikan Korea di bawah seliaan Amorepacific Malaysia bersama UMMA, jenama fesyen hijab tempatan mengumumkan berkolaborasi buat pertama kalinya. Dan menerusi kerjasama Mamonde Malaysia dan UMMA yang berlangsung bermula 8 Mei hingga 30 Jun ini, pelanggan berpeluang menikmati pelbagai tawaran serta promosi menarik sempena Ramadan dan Raya ini!
Sepanjang tempoh kempen ini berlangsung, pelanggan yang membeli dengan harga minimum RM100 di butik UMMA Aeon Shah Alam juga Umma.my, mereka berpeluang menerima promosi serta tawaran seperti berikut:-
-
Potongan 20 peratus (satu kali) boleh ditebus melalui kod promo UMMAMAMONDE untuk pelanggan Mamonde yang berbelanja di UMMA.
-
Menerima set hadiah percuma Mamonde Ceramide yang mengandungi empat produk iaitu Ceramide Skin Softener 25ml, Ceramide Emulsion 25ml, Ceramide Light Cream 15ml dan Ceramide Intense Cream 15ml yang bernilai RM110.
-
Baucar diskaun Mamonde sebanyak RM15 dengan pembelian minimum RM150 (di dalam satu transaksi) apabila membeli-belah di Watsons serta watsons.com.my
Zairin Azman, Pengasas Umma turut berkongsi,
Ramadhan adalah bulan paling suci dalam kalendar Islam. Dan sebagai umat Islam, kita digalakkan berpakaian sopan sebagai lambang disiplin dan penghormatan terhadap bulan suci ini. Helaian UMMA direka berdasarkan kepada keperluan untuk pakaian yang selesa, versatil, bergaya, tanpa perlu menjejaskan kesopanan. Bukan itu sahaja, ia boleh dimiliki pada harga yang berpatutan. Kali ini, kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan Mamonde kerana produknya yang mesra solat membantu menambah nilai dan juga mencerminkan standard kekuatan, kecantikan, keberanian, kebebasan dan kemerdekaan wanita UMMA.
Mungkin tidak ramai yang tahu, Mamonde antara jenama yang memiliki sijil produk Halal. Sebelas produk Mamonde yang memiliki sijil Halal tersebut ialah Ceramide Skin Softener, Ceramide Intense Cream, Ceramide Emulsion, Ceramide Light Cream, Pore Clean Stick, Floral Hydro Ampoule Toner, Floral Hydro Cream, Floral Hydro Emulsion, Rose Water Toner, Rose Water Gel Cream dan Rose Water Soothing Gel.
Dan di antara kesemua 11 produk tadi, rangkaian Mamonde Ceramide adalah rangkaian yang paling menonjol untuk kempen ini.
Margaret Chin, Pengurus Negara Amorepacific Malaysia, turut berkongsi,
Rangkaian Mamonde Ceramide mengandungi kombinasi sempurna daripada ekstrak lembapan Hibiscus dan Ceramide dalam membantu memperkuatkan lagi penghadang luaran kulit dengan memastikan lembapan sentiasa wujud pada kulit. Maka, ia sesuai untuk kulit jenis kering dan terhidrat. Apabila rangkaian ini digunakan, kulit akan berasa segar dan lembap tanpa meninggalkan sebarang sisa-sisa melekit. Oleh itu, ia sangat sesuai buat wanita Muslim terutama sekali di bulan Ramadan kerana penggunaan air agak terhad pada bulan puasa.
Bukan itu sahaja, orang ramai juga boleh sertai pertandingan media sosial yang dibawakan oleh MamondeXUmma bermula 8 hingga 22 Mei ini dan berpeluang untuk memenangi satu set hadiah bernilai lebih dari RM200. Set eksklusif ini mengandungi Mamonde Intense Cream set dan Selendang Bawal Halili daripada UMMA. 6 pemenang akan dipilih, apa tunggu lagi, lawat Instagram Mamonde sekarang!
Apa pandangan anda?