Posted on December 2, 2020
Sudah bertahun dUCk tidak menghampakan kita semua dengan kolaborasi mereka bersama Disney. Daripada kolaborasi bersama karakter Mickey untuk koleksi monogram dan kemudian koleksi Frozen, kali ini dengan bangganya mereka mempersembahkan koleksi edisi terhad Disney x dUCk – Minnie Mouse, karakter ikonik kegemaran setiap peringkat usia!
Mengembalikan nostalgia sewaktu kecil, saya pasti, karakter ini dan anak-anak kecil tidak dapat dipisahkan. Masakan tidak, karakter Minnie dan Mickey ini antara karakter pertama yang diterbitkan kumpulan Disney pada 1928. Jadi tidak hairan, jika ibu akan menggayakan anak dengan menyarung apa jua baju dan aksesori dengan sentuhan karakter ini.
Buat kamu yang mahu mengembalikan nostalgia ini, kamu berpeluang menggayakannya menerusi koleksi ini. Bak kata tim di dUCk, Minnie inilah ikon fesyen kita sebenar, begitu sofistikated dan boleh digayakan oleh wanita di seluruh dunia. Dan menerusi koleksi kolaborasi ini, sudah semestinya mereka mahukan sesuatu yang ikonik, bold, fashionable serta fun dan paling penting, menjadi memori terindah di kalangan peminat mereka.
Menurut Pengasas The dUCk Group, Vivy Yusof,
Tiada yang lebih baik daripada diberi peluang bekerjasama bersama Disney, jenama global yang banyak mengilhami nilai murni serta kekuatan, di mana ini adalah perkara yang mahu saya suntikkan ke dalam jenama dUCk juga. Dalam tahun ketiga kami bersama ini, saya berasa sangat bangga akhirnya dapat bekerjasama dengan teman wanita kami – Minnie Mouse. Dia adalah fenomena global dan sewaktu kecil, kita semua pasti pernah menyarung pakaian atau menggunakan barang yang punya sentuhan Minnie di atasnya. She’s absolutely timeless dan koleksi ini harus dihargai untuk generasi yang akan datang.
Untuk koleksi Disney x dUCk – Minnie Mouse ini, mereka mempersembahkan menerusi koleksi tudung, makeup pouch serta gincu bibir. Secara jujur, saya ini adalah peminat gincu bibir mereka. Jadi, sudah tentu saya teruja untuk mendapatkan koleksi ini daripada mereka.
Disney x dUCk – Minnie Mouse Collection Makeup Pouch RM100
Hadir dalam empat rona dan nama yang diberi juga seiring dengan nama koleksi tudung edisi terhad Disney x dUCk – Minnie Mouse ini iaitu Girlfriend, Bestfriend, Adore dan Rock Your Bow. Beg mekap yang bermaterialkan kulit buatan ini tampil dengan penarik zip eksklusif Minnie Mouse bersama signatur monogram dUCk di bahagian dalam. Dan yang paling menarik perhatian saya sudah tentu pada signatur bow Minnie yang direka pada hujung beg mekap ini. Tampak manis sekali!
Disney x dUCk – Minnie Mouse Collection Lipstick RM170/set , RM50/satu
Hadir dalam kumpulan palet rona asas merah jambu yang diinspirasikan daripada rona signatur Minnie sendiri, ia dikatakan sesuai disarung oleh semua jenis tona kulit. Empat rona dicipta dan diberi nama What a Darling (merah jambu lembut), It’s me, Minnie! (merah jambu mauve), Aren’t you sweet? (merah jambu beri) dan Bow La La (merah jambu keperangan). Diformulasikan dengan tekstur baldu pusam (velvet matte), serta diperkaya dengan kepekatan warna, bahkan membuatkan kulit bibir sentiasa lembap kerana dibekalkan dengan vitamin E dan minyak camellia, pastinya membuatkan kamu semua tidak sabar untuk merasa sendiri kehebatan koleksi gincu bibir mereka ini.
Dapatkan koleksi edisi terhad Disney x dUCk – Minnie Mouse sebelum terlambat di laman rasmi FashionValet ataupun di stor berdekatan.
Apa pandangan anda?