Posted on January 24, 2020
Kita semua sebenarnya seperti Lili Reinhart. Yang duduk menatap skrin komputer semata-mata ingin menonton tutorial solekan. Dan jika kamu antara yang terawal mengikuti era beauty guru di Youtube ini, pasti kamu kenal akan Michelle Phan. Wanita yang dianggap ‘ibu’ kepada Youtuber yang ada pada hari ini. Begitu juga dengan Reinhart. Dia mula mengenal dunia mekap kerana menonton video-video Phan. Ketika itu umurnya baru sahaja menginjak usia 14 tahun.
Siapa sangka hari ini Reinhart sudah pun berusia 23 tahun dan pencapaiannya baik dalam industri lakonan ataupun kecantikan sudah mula meningkat naik. Oktober lalu, dia dilantik sebagai duta jenama CoverGirl. Dan bukannya mudah ya untuk seorang duta, ini kerana sebagai duta kamu perlu ada ilmu yang tinggi tentang dunia kecantikan. Bak kata Reinhart, walaupun dirinya dulu lebih banyak terpengaruh menerusi video-video lama Phan seperti bagaimana hendak mencipta solekan dramatik menggunakan gincu bibir penuh statement bersama pembayang mata tebal, dia kini lebih selesa dengan rutin yang lebih simple. Malah kini, dia lebih mementingkan rutin penjagaan asas wajah.
Apabila saya dapat tahu yang saya bakal bekerja sepanjang hari, malam sebelumnya itu saya akan pastikan saya menyarung pupur yang memiliki manfaat sentalan hanya untuk memastikan kulit saya lebih tersedia keesokan paginya. Dan pada hari bekerja itu, saya akan pastikan wajah saya disapu primer.
Tambahnya lagi,
Saya tidak faham mengapa orang di luar sana ada yang tidak suka menyarung primer.
Dan jika pada hari biasa, Reinhart lebih selesa dengan solekan minimal menggunakan hanya dua produk sahaja iaitu penyamar noda serta pensel kening. Tipnya lagi,
Saya suka gunakan Beautyblender atau berus bulu empuk untuk mengadun penyamar noda saya. Dan saya rasa rutin baking ini sesuai untuk mereka yang mahu memfokus (highlight) bahagian bawah mata mereka. Akan tetapi, pada saya secara peribadi, ia sebenarnya tidak melakukan apa-apa pun.
Walaupun Reinhart dibesarkan dengan ajaran tutorial mekap Michelle Phan dan tidak dinafikan dia banyak terpengaruh dengan solekan bold dan dramatik sewaktu zaman muda remajanya, Reinhart kini lebih selesa menyarung segala yang lebih simple. Dan yang paling penting, dia tidak suka membazirkan wang terhadap satu-satu produk kecantikan itu. Reinhart pernah berseloroh,
Saya seorang yang kedekut, jadi saya tidak suka membeli-beli barang. Saya akan pastikan saya hanya membeli barang yang tahu saya akan sukakannya dan benar-benar berkesan pada saya sebelum membelinya.
Apa pandangan anda?