Posted on October 2, 2020
Pejam celik pejam celik, kita sudahpun menginjak ke bulan Oktober. Dan semakin banyak produk kecantikan baharu dilancarkan. Kami di meja cantik STAIL juga menjadi teruja untuk berkongsi dengan kamu semua apa produk yang terbaik yang patut kamu miliki. Baiklah khas dari meja cantik STAIL, mari saya perkenalkan antara produk dan koleksi terbaharu bulan ini untuk kamu cuba.
L’Occitane Caring For Sight Charity Kit RM80
Bersempena dengan Hari Penglihatan Sedunia 2020, L’Occitane Malaysia seperti tahun-tahun sebelumnya kekal meneruskan aktiviti memberi sumbangan dana kepada badan serta projek penjagaan mata lokal. Dan kit L’Occitane ini cukup istimewa kerana direka oleh pelajar Institut Seni Kreatif dan Reka Bentuk dari University UCSI.
Kemudian hasil sumbangan jualan kit ini akan disumbangkan kepada komuniti Malaysia yang layak menerusi sumbangan dana untuk pemeriksaan mata dan cermin mata percuma. Jika kamu ingin menyumbang, kit ini akan dijual bermula 1 hingga 31 Disember 2020 sahaja. Di dalam kit mengandungi produk ikonik L’Occitane seperti Almond Shower Oil 35ml, Almond Shampoo 35ml dan Almond Milk Concentrate 30ml.
Nudestix Nudies Matte All Over Face Color Blush & Bronze RM145
Memperkenalkan rona tambahan di dalam koleksi Nudies iaitu rangkaian produk terlaris daripada jenama Nudestix. Lima rona baharu yang diperkenalkan ialah Nude Peach (Bronze), Salty Siren (Glow), Terracotta Tan (Blush), Beach Babe (Blush) dan Bubble Bébé (Bronze). Salap berwarna ini sesuai dilayangkan pada seluruh wajah dan memberi efek solekan natural namun masih tampak berseri dan bersinar. Ini antara produk terbaik Nudestix yang harus kamu miliki. Mudah dan senang dibawa ke mana-mana. Ini kerana bungkusannya yang tampil dengan berus wajah di belah bawah, sesuai digunakan baik di mata, pipi mahupun bibir.
Supergoop! CC Screen SPF50 RM170
Setiap orang perlu memiliki sekurang-kurangnya satu produk pelindung sinar. Ia penting dalam kehidupan seharian kita. Dan buat siapa di antara kamu yang tidak punya atau masih belum menjumpai pelindung sinar terbaik, cuba CC Screen daripada Supergoop! ini. Hadir dengan formula yang baru dan ditambah baik, krim pelindung sinar CC ini diperbuat daripada 100 peratus mineral dan hadir dengan perlindungan spektrum luas harian sebanyak SPF 50 untuk memastikan kulit wajah sentiasa sihat. Dengan kuasa 100 peratus mineral ini juga, ia mampu menyuai diri pada lapan rona, maka ia sesuai digayakan oleh semua jenis tona kulit di Malaysia. Bukan sekadar melindung daripada sinaran UV, ia mampu melitup tona tidak sekata, dengan formula pelembap serta memberi efek solekan wajah natural. Hadir dalam 15 rona CC Screen yang boleh kamu dapatkan di Sephora.my.
Apa pandangan anda?