Sejauh mana kamu mengenali diri sendiri? Berbicara mengenai diri sendiri terkadang boleh jadi mengelirukan meskipun ia adalah tubuh yang sudah kamu huni buat berpuluh tahun. Perjalanan mencari identiti ini adalah sesuatu yang tidak mudah dan tidak akan pernah berakhir – Pesan kami, nikmati pengembaraan ini – izinkan diri kamu untuk terus mengembara dan cuba perkara-perkara baharu. Jangan takut akan perubahan serta cabaran.
Tak tahu nak mula dari mana? Apa kata mulakan dengan hal-hal kecil seperti haruman, cara dan produk penjagaan diri yang benar-benar menggambarkan diri kamu. Di TROVE mereka komited untuk membantu kamu dalam misi ‘self-exploration’ – menyediakan pelbagai koleksi mewah haruman dan rangkaian produk penjagaan diri yang telah dipilih dengan penuh teliti bagi melengkapi diri kamu.
Setiap koleksi merupakan gambaran buat ‘perjalanan’ yang penuh magis. Wangian avant-garde akan membangkitkan ‘kenangan’ silam yang mana mungkin sudah terlupakan dan modern elixirs bakal menghidupkan aura dalam diri kamu.
Pengembaraan bermula di dasar laut
Perjalanan unik bermula di TROVE Starhill, di mana semangat lautan dihidupkan. Di sini, suasana mencerminkan kedalaman laut yang misteri dengan reka bentuk dalaman seakan terumbu karang serta ombak.
Arca bunga dan corak marmar menyambut kamu ke dalam pelayaran nan indah dan megah, seumpama berpeluang untuk mencari harta karun di bawah air. Di sinilah bermulanya perjalanan kamu untuk mencari identiti dan keajaiban kecantikan yang penuh magis.
Pengembaraan diteruskan di TROVE Pavilion Damansara Heights. Di sini, intipati pulau rahsia menanti, bermandikan suar cahaya yang menerangi khazanah tersembunyi di dalamnya. Sebaik sahaja melangkah masuk kamu bakal disambut dengan struktur pelangi keluli tahan karat bulat yang mana aluminium anodenya berkilauan seperti spektrum mimpi.
Jangan lepaskan peluang untuk masuk ke ‘Scent Cove’, sebuah ruang khas yang direka khusus untuk memikat dan memukau sesiapa sahaja yang singgah ke situ – ia umpama sebuah ‘perjalanan’ multisensory melalui dunia wangian.
Perjalanan sampai ke kemuncak di TROVE The Exchange TRX yang mengetengahkan tafsiran moden tentang sebuah gua – sarat dengan keseronokan yang tidak berpenghujung. Di sini, kesemua keperluan kecantikan kamu sudah tersedia – semuanya serba mewah dan eksklusif.
Perjalanan di TROVE Cove adalah sebuah penemuan berterusan, daripada produk sehingga ke rawatan kecantikan untuk kamu manjakan diri dengan perawatan wajah dan badan – sempurna buat kamu yang ingin ‘lari’ dari kesibukan harian dan perlukan sesuatu yang pantas untuk mengembalikan seri serta keremajaan kulit.
TROVE tawar hanya yang terbaik
TROVE ibarat ‘penjelajah’ yang tidak pernah berhenti mencari ‘treasure’ dari seluruh dunia buat dipersembahkan kepada kamu. Keutamaan mereka adalah ‘self-care’ kerana self-care is love – manjakan diri dengan kemewahan produk mereka dan rasai sendiri kelainannya.
Apabila berkunjung ke stor TROVE, saran kami adalah ambil masa kamu untuk bergerak dari satu bahagian ke bahagian lain, Cuba sendiri setiap wangian yang disediakan – pilih untuk keluar dari zon selesa dan cuba sesuatu yang ‘baru’. Siapa tahu kamu bakal berjumpa dengan ‘sisi’ baharu kamu melalui wangian.
Antara jenama haruman yang ditawarkan TROVE
“Embark on an Odyssey with TROVE – Where Every Visit Is a Journey, Every Product a Discovery.”
Etat Libre D’Orang
Hadir dengan lebih 30 wangian untuk kamu pilih, kami yakin kamu akan sekurang-kurangnya jatuh cinta dengan satu haruman daripa koleksi ini – Haruman Etat Libre D’Orang menekankan keaslian, keberanian dan unsur kebebasan.
The House of OuD
The House of Oud adalah adalah kisah persahabatan antara Andrea Casotti, pakar perfumer Itali dan Mohammed Abu Nashi, pengeluar haruman Oud terkemuka di Jakarta. Inspirasi di sebalik haruman ini adalah hasil daripada pengembaraan mereka mengelilingi dunia yang akhirnya disatukan menjadi sebuah ‘rumah’ pembikinan haruman.
Le Galion
Setiap bahan mentah yang diguna bagi menghasilkan haruman Le Galion diproses secara tradisional dan manual. Bahan-bahan ini dirawat dengan penuh berhati-hati serta mengikut adat bagi memelihara bau-bauan haruman tersebut. Keaslian Le Galion tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ia telah diangkat sebagai salah satu nama besar minyak wangi terkemuka dunia.
Lubin Paris
Lubin Paris sudah mula dikenali sebagai syarikat wangian terkemuka sejak 1978 lagi – komited menghasilkan minyak wangi beraroma indah dengan menyatukan teknik tradisional serta sedikit sentuhan moden menghasilkan haruman yang versatil, kontemporari dan malar segar.
Penjagaan kulit wajah
ESPA
Diasaskan lebih 30 tahun lalu, ESPA bukan sekadar rejimen penjagaan kulit – it goes beyond! Ia menyuburkan dan memelihara kulit daripada sebarang kerosakan. Disuntik dengan elemen kemewahan dan bahan-bahan semula jadi yang bakal membuatkan kamu terasa seolah-olah mendapatkan rawatan di spa setiap kali menggunakan set penjagaan kulit ini.
QMS Medicosmetics
QMS Medicosmetics menggabungkan penyelidikan saintifik dengan bahan bergred perubatan – menghasilkan rangkaian penjagaan kulit bertaraf elit. Fokus utama produk ini adalah penghasilan kolagen dan penjanaan semula kulit. Inilah jawapan untuk tampil lebih muda dan berseri!
Penjagaan rambut
Miriam Quevedo
Jenama yang telah memenangi anugerah dalam kategori penjagaan kulit dan rambut ini tidak pernah berhenti berevolusi dan konsisten menghasilkan produk eksklusif bagi memanjakan diri kamu.
Saintis di sebalik Miriam Quevedo bekerja keras untuk terus menambah baik produk mereka tanpa merisikokan alam Saintis di sebalik Miriam Quevedo bekerja keras untuk terus menambah baik produk mereka tanpa merisikokan alam sekitar. Ia bukan sahaja hadir dengan formula dan tekstur yang membantu meremajakan serta menyihatkan rambut malah ia kaya dengan haruman unik yang dicipta khas buat Miriam Quevedo oleh perfumer terbaik di Grasse, Perancis
Penjagaan Oral
Selahatin
Dikenali sebagai pengeluar penjagaan oral terkemuka dunia, Selahatin telah menjual lebih 150 000 unit produk mereka sejak 2019. Jika kamu inginkan ubat gigi dan pencuci mulut yang mewah dan serba eksklusif Selahatin adalah pilihan paling ideal!
Apa yang kami senaraikan di atas hanyalah sebahagian daripada puluhan lagi jenama lain yang ditawarkan TROVE. Sekiranya kamu berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenama-jenama ini silakan berkunjung ke TROVE di The Starhill, Bukit Bintang, Pavillion, Damansara Heights dan The Exhange TRX.
Ikuti juga laman media sosial rasmi TROVE di SINI untuk sebarang maklumat lanjut.
Apa pandangan anda?