Posted on January 28, 2021
Buat kamu yang sememangnya gemar bermekap, tetapi kanvas wajah kamu dilitup dengan pelitup muka hampir setiap masa apabila di luar, pastinya kamu rasa hampa dan akhirnya memilih untuk membiarkan wajah polos. Elok sebenarnya jika kamu kurangkan penggunaan mekap di seluruh wajah kamu di waktu-waktu sebegini memandangkan hampir separuh wajah tidak kelihatan. Namun, ada satu bahagian yang masih membenarkan kamu untuk berkarya. Jawapannya, mata! Step up your face mask makeup game dengan cedok inspirasi solekan mata daripada personaliti favorit kami, Mi-Anne Chan, Pengarah Video di Condé Nast ini!
Mi-Anne Chan sebelum ini sering dilihat menyajikan pelbagai video kecantikan di Refinery29, kini telahpun beralih jawatan. Walaubagaimanapun, buat kamu yang masih mengikutinya di laman Instagram, pasti kamu akan dapat lihat pelbagai jenis tutorial solekan mata dikongsi Mi-Anne Chan. Dan pada kami, solekan matanya yang begitu warna-warni ini amat sesuai digayakan oleh millenials dan gen Z hari ini.
Walaupun situasi pandemik hari ini di negara kita tidak kelihatan seperti akan reda dalam masa terdekat ini, membuatkan kita seperti seakan tidak punya daya untuk melalui tahun 2021, apa kata kamu hiburkan hati dengan bermekap seperti idola kami ini, Mi-Anne Chan.
Signatur solekan mata wanita ini seperti dapat kita lihat ialah mainan rona-rona terang. Walaupun pilihan warnanya agak “kurang biasa” untuk kebanyakan orang, namun jika dilihat betul-betul, Mi-Anne tidak langsung “mewarna” secara berlebihan lalu menunjukkan solekan wajah yang lebih ganjil. Dia benar-benar tahu bagaimana untuk mengawal percikan warna di matanya.
Apa kata kamu pula cuba solekan mata sebegini. Pasti menarik!
Gambar: Instagram Mi-Anne Chan
Apa pandangan anda?