Posted on August 21, 2020
Setelah berhari-hari tampil dengan teaser di Instagram, akhirnya Miley Cyrus muncul dengan lagu baru beberapa hari lalu. Lagu “Midnight Sky” ini tampil dengan muzik video arahannya sendiri. Jika kamu lihat dan teliti, sememangnya rencah dan rasa yang dicurahkan di dalam muzik video ini sememangnya very Miley. Kombinasi stail rambut, mekap, busana, mainan glitter serta ada pada satu masa dia tampil tidak berpakaian. Jika hendak tahu inilah Miley sebenar. Dan yang paling menarik perhatian saya, sudah tentu gaya mekapnya. Mekap disko Miley Cyrus kemudian dengan gaya rambut mullet, we love!
Mekap Disko Miley Cyrus
Yang seronoknya, dalam 3 minit 42 saat durasi lagu itu, hanya busana sahaja yang berubah-ubah manakala solekan dan gaya rambutnya kekal pada satu stail sahaja. Matanya dilayang meriah pembayang mata berkilau rona ungu kemudian diserikan lagi dengan solekan bibir rona merah menyala berkemilau terus memberikan kita rasa aura zaman glamor 80-an dahulu kala. Dan jika dilihat dengan teliti, riasan kukunya pula diwarna rona ungu metalik.
Stail rambutnya sememangnya melengkapkan lagu keseluruhan beauty look wanita ini. Stail mullet kemudian digayakan pada rambut Miley yang berona blonde ini turut membawa aura era gemilang penyanyi idola Miley seperti Joan Jett, Debbie Harry dan Stevie Nicks yang turut menjadi inspirasi Miley dalam berkarya untuk muziknya kali ini.
Buat kamu yang belum tonton muzik videonya, di bawah saya sertakan untuk kamu. Dan mana tahu, selepas ini kamu boleh tiru mekap Miley. Mungkin untuk parti Halloween? #YASSS
Apa pandangan anda?