Posted on October 1, 2020
Selamat datang bulan Oktober! Pejam celik pejam celik, kita sudah semakin menuju ke penghujung tahun. Banyak dugaan dan cabaran yang melanda dunia sepanjang tahun ini, namun jika dilihat daripada sudut positif, kita masih mampu berdiri sehingga ke hari ini pun sudah membuatkan kita rasa bersyukur, bukan? Hidup harus diteruskan! Dalam bulan baharu ini, mungkin kamu ada terfikir hendakkan sesuatu yang baharu daripada segi penampilan kamu. Mahukan sesuatu yang segar dan berbeza daripada sebelum ini, namun tidak tahu di mana mahu dimulakan. Cadangan saya, singgah ke spa kuku dan belai kuku kamu. Mungkin sebelum ini kamu pandang remeh, apa kata luangkan satu hari untuk manja kuku kamu. Kemudian layangkan nail art kegemaran kamu. Jika kamu tidak punya sebarang idea, kami sedia membantu. Di sini, kami senaraikan beberapa inspirasi dan trend nail art pilihan kami untuk bulan ini. Jom cuba!
Mahukan sesuatu yang mencerminkan personaliti diri kamu yang ceria, penuh warna-warni dalam kehidupan atau mungkin kamu sememangnya gemarkan rona-rona terang dan menonjol? Bolehlah cuba menyarung rona kuku daripada rangkaian rona-rona pastel, neon atau terang. Kemudian tambahkan aksesori seperti tatahan batu permata atau juga kemilau untuk hasil nail art yang lebih fun.
Atau jika kamu seorang yang gemarkan sesuatu yang lebih ringkas dan bersih, pilih tatarias ala monokromatik. Rona pastel seperti merah jambu dan ungu adalah pilihan yang paling tepat sekali untuk kamu yang manis.
Seperti saya, saya sukakan rona yang menonjol seperti rona merah terang. Pilihan saya adalah daripada Kilat Gang Tembikai daripada SO.LEK Cosmetics.
Mungkin kamu tidak mahu mengoles pewarna kuku, ada alternatif lain yang boleh kamu cuba. Pressing nails juga pelekat kuku daripada Dashing Diva antara pilihan kami! Hendak tahu bagaimana cara penggunaannya, tonton tutorial di bawah!
Apa pandangan anda?