Posted on March 5, 2020
Semua menjadi teruja sekali saat mendengar Neelofa disolek oleh jurusolek terkemuka, Patrick Ta, untuk pertunjukan fesyen Louis Vuitton musim luruh/dingin 2020 yang berlangsung di Paris baru-baru ini. Saya apatah lagi. Ya lah! Neelofa dan Patrick Ta bergabung kut! Patrick Ta yang seperti semua orang tahu sering menjadi jurusolek pilihan Gigi Hadid, Camila Cabello, Adriana Lima dan ramai lagi kini buat pertama kalinya menyolek selebriti Malaysia. Saya cukup bangga!
Bukan rakyat Malaysia sahaja teruja, mogul fesyen dan pengusaha jenama Naelofar ini sendiri juga berasa sangat teruja kerana tahu akan kehebatan Patrick Ta yang menjadi kegilaan ramai selebriti dan model terkenal hari ini.
Sebelum ini, saya kerap melihat ‘glamazon look’ hasil solekan Patrick pada model dan selebriti di media sosial. Kini saya pula berpeluang disolek oleh Patrick sempena acara fesyen Louis Vuitton kali ini.
Seperti yang semua tahu, Patrick sememangnya punya signatur solekannya yang sendiri,
Gaya solekan Patrick sungguh glamor, tetapi masih ada elemen minimalis padanya. Saya rasa, ia sangat selari dengan trend mekap di pentas peragaan tahun 2020.
Kerjasama antara Neelofa dan Patrick Ta
Sebelum ini, saya pernah laporkan tentang beauty look Neelofa hasil tangan Shiyo Joo untuk minggu fesyen Milan dan Paris baru-baru ini. Ternyata, Lofa memiliki dream team terbaik dan semestinya setiap look (baik fesyen juga solekan) oleh Lofa langsung tidak menghampakan.
Fashion week has ended, jumpa lagi musim hadapan dan semoga Neelofa mampu mengharumkan lagi nama Malaysia saat dia keluar mengembara merata dunia. Neelofa, we love you!
Apa pandangan anda?